![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjJQcPiIYNLOyPi67oid2RtaludW1RLkLqEXmmQV8EgrfhQ-_a1OW1206KZGDKzx8O3drwJKh0mMeSvJNmIsvKR4bgX1wjId3IQoDecxydkO-d6VnW09RSU23IV6m6k4tg9QInXwwnomQ/s320/3485716296_9054e6fe3e%5B1%5D.jpg)
Pertemuan semalam manisnya
bagai madu yang diteguk
segalanya indah membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam yang pilunya bukan kepalang
Pertemuan hari ini terasa madunya kian susut entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang kekal pada azali kejadian
Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
Insan............. bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya seminit
dengan mendalam engkau menatap
engkau tanya satu soalan kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau sememangnya.................
sukar........ hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut biarpun pahit
namun tetap akan ditelan kerana hidup sukar dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
Seandainya diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema akan kulontarkan
satu kata biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi kesedihan,
keperitan melihat segala titik hitam yang semakin membesar...
terlalu besar takutnya...
jika kita dilaknati takutnya...
jika kita tidak dirahmati takutnya...
jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa kita di akhir zaman
kini pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti di syurgawi...
No comments:
Post a Comment