Dikenali dengan nama Cocos Nucifera dalam bahasa botaninya, kelapa dipercayai berasal dari Kepulauan Melanesia.
Antara khasiat bahagian kelapa yang mujarab untuk dijadikan penawar merawat penyakit adalah:
Akar.Bahagian ini ditumbuk lumat untuk dijadikan ubat pupuk bagi rawatan penyakit kelamin.
Minyak kelapa. Berupaya menyembuhkan sakit gigi atau gusi. Di samping itu, minyak kelapa pada pelita yang bernyala dititiskan pada bahagian parut luka lama dipercayai dapat menghilangkan parut tersebut.
Santan kelapa. Dikatakan dapat digunakan sebagai rawatan untuk penyakit busung, demam panas, muntah dan batuk berdarah.
Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak
Amalan meminum air ketapa dikatakan dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.
Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.
Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing
Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi.
Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka.
Air kelapa muda direbusdengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur.
Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
No comments:
Post a Comment