Tuesday, June 28, 2011

KHASIAT KELAPA

Seperti yg telah kite ketahui... Kelapa mmg bnyak khasiatnya dan kegunaannya... Bukan sahaja buahnya, isi, pokok, daun, akar, batang pokok n sebagainya...... Mmg macam2 yg boleh kita buat dengan kelapa... Kat cnie, ak nk kongsikan serba sedikit tentang khasiat kelapa ni......

Dikenali dengan nama Cocos Nucifera dalam bahasa botaninya, kelapa dipercayai berasal dari Kepulauan Melanesia.

Antara khasiat bahagian kelapa yang mujarab untuk dijadikan penawar merawat penyakit adalah:

Akar.Bahagian ini ditumbuk lumat untuk dijadikan ubat pupuk bagi rawatan penyakit kelamin.

Minyak kelapa. Berupaya menyembuhkan sakit gigi atau gusi. Di samping itu, minyak kelapa pada pelita yang bernyala dititiskan pada bahagian parut luka lama dipercayai dapat menghilangkan parut tersebut.

Santan kelapa. Dikatakan dapat digunakan sebagai rawatan untuk penyakit busung, demam panas, muntah dan batuk berdarah.

Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak

Amalan meminum air ketapa dikatakan dapat mengatasi masalah keracunan, cirit-birit, demam panas, bronkitis dan kesukaran membuang air kecil dan besar.

 Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.

Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing

 Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi.

Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. 

Air kelapa muda direbusdengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. 

Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.

SEBAKNYA.........

Assalammualaikum.....

Hye korang.. Hari nie, ase mcm nk updte blog... tggu punye tggu, smpai la kol 1 pg... bru da dpt nk updte... semuanya gara2 x bole nk berada di depan lptop dgn amannya...... Nk bkk blog je, msti de je owg yg mngacau... so mcm mne nk menaip??? time ak keje n xde kt uma, xde lak nk bkk lptop yg mmg ade je kt uma.... Geram ak...

Tinggal 2 hr jerk lg ak keje... Pas nie da x pyh susah payah nk keje da.. hehehe... OK, bkn nk mngeluh sbb ak yg rela hati nk keje kn, dr dok uma membesarkan lagi badan yg sudah sememangnya besar... bek ak keje.. hehehe.....Dapat gk wt duet poket kn.... Actually, owg kt tmpt keje byk yg x bg ak benti, ye r.... da rapat da... da 2 bln ak keje.....Tapi nk wt cm ner..... Da kene benti sbb nk msuk class... terpaksa la...... Tapi.... sblm ak benti.. Huh, mcm2 permintaan... yg owg 2 laen, owg nie laen... then belom blk kolej g da tnye ble blk cnie lg..... ntah ape2 la diorg nie....

Ok, berbalik pada tajuk... Sebak..... Aishh..... Ntah la..... Sepanjang cuti nie, ak de melawat 3 kematian.....3 kematian bukan pada masa yg sama la.. berbeza..... 2 lelaki, sorg ppuan... tu pun sedare mare la..... de gk yg laen, tp ak x g.. just mak ak jerk... Ok, ape yg mmbuatkn ak jd sebak ialah ketika anak2 bkumpul kt jenazah... Mse ak melawat kematian sorg akk 2, ak x ase sedih sgt sbb ak x knl dy sgt... g pown ak x tgk kt dpn 2.... Tp , yg 2 lg 2 mmg mmbuatkan ak tertitiskan air mata..... Bukan sengaja menitiskan air mata tapi x dpt nk menahankan air mata 2 dari menitis..... Ntah la.... Mse 2 ak tgk, automatik ak teringtkan arwah ayah ak..... Ak dpt bygkan mcm 2 la agaknya mse arwah ak meninggal kan.... x menghiraukan owg laen n x de perasaan segan silu da dengan muke sembab sebab menangis...... Ttbe ak teringtkn arwah ayah ak..... Ntah la....Sejak arwah ak meninggal, ak agak sensitip dlm soal nie......

Lebih2 lagi, bru2 nie kan hr bapa..... Owg yg ade ayh lagi bole la smbut... ak??? de skali, mse keje, malam 2 dgr radio.. skali radio 2 sampaikan ucapan2 sempena hri bapa..... DJ 2 plak bole smapaikan dgn nada sayu.... Akk siap ktok bilik bos soh tukar siaran..... Ye r, klo x cnfrm ak akn ase lg sedih.... Ape pown, kkepada anda yg masih mempunyai bapa, 

Sayangilah bapa anda.... Marah bukan bererti dy x sayang kita, marahnya menandakan dy sayang kita.... Dy mahukan kite menjadi seorg yg berguna pada masa akan datang..... Dy mahukan yg terbaik untuk anak2 nya.....Kita xkan terbalas budi ibu dan bapa yg membesarkan kita walaupun sampai ke akhir nafas kita.... Sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka masih ada......

Tuesday, June 21, 2011

CURANG????

Assalammualaikum.....

Akhirnya..... ak bukak gak blog ak kan.... Sory la blog... xdok mse la nk update... Agak terkejut gak bile tgk untuk bln nie bru 1 entri yg ak post.... hahahahhaha....... Oleh sebab kekangan masa... hanya itu yang mampu ak coretkan.... Aceceh..... 

Ala, klo update blog pown , citer yg sme jerk kn...... Ok la... sekarang nie masih lagi bercuti alaupun hakikatnya orang da msuk class.... hahahahha... sempoi.... Ak taw, mmg keje giler, tp da kitorg pakat nk msuk lambat.. Hah, bbtol lmbt kitorg msuk kali nie....hehehehe... NNt ak blk, msti chebol bb da xdok.. Sbb ak ase dy tgh cuti sem skrg nie.... Alamatnye keseorangan la ak nnt..... Xpe2, ak kn berani.... (ceh, berani la sgt kan....)

X lama lagi uma nk wt knduri... Mak kte nk wt sblm ak blk kolej..... K, tarikh dy da taw da... tp ak serba salah lak dgn 1 lg jemputan kenduri.... X pergi x patut, nk pergi, mcm2 halangan.... Mcm mne nie????? X nk la nnt dikatakan saje bg alasan x nk g sne, tp ntah la... Ape pown ak usahakan untuk memenuhi permintaan orang itu.....

K, sekarang nie mcm nk ckp pasal 1 topik nie.... ADAKAH ANDA RASA, ORANG YANG SEDANG BAHAGIA, PASANGANNYA DIJAMIN SETIA?? Ntah la, actually ak sje je nk ckp pasal topik nie... Sbb ble tgk orang bahagia nie, Bersayang-sayang bagai.... Diorang setia x???? Bukan cemburukan hubungan sesape.. Ok, fine.. Sekarang nie ape yg ak cakap, xde kene mngena ngan sape2 n just ak terfikir tntang perkara nie.....


Ye r.. kadang- kadang kita terfikir... pasangan kita nie sebenarnye setia ke x.. betol x? ok.. Klo OK, memang la dalam satu perhubungan, kita kene saling memberi dan menerima, kita kene saling mempercayai.. Tapi adakah orang akan menghargai kepercayaan yang kita berikan??? Ditambah pula pasangan kita pernah menyayangi yang lain sebelum nie... Adakah kita pasti yang dia betol2 da lupakan kisah silam mereka....???? Ok, x baik kita berburuk sangka... Tapi, itulah yang kita berwaspada..... Mungkin juga pasangan kita akan berhubunbg kembali dengan kekasih lama mereka... X salah klo sebagai kawan, tapi kalo adanya topik yang melibatkan perasaan mcm mne??? itulah yg kita berwaspada... Bukan niat untuk mengongkong pasangan, tetapi lebih berhati2... 


Kita mungkin dapat mengelakkan perkara nie berlaku dengan berkawan dengan kawan pasangan kita... jadi, setidak2 nya kita dapat mengetahui jenis kawan yang dia berkawan..... Jangan tanamkan niat dihati nak mengongkong setiap gerakan pasangan..... Tapi, 1 je... Tanamlah niat "ANDAI AKU CURANG MUNGKIN JUGA PASANGAN AK AKAN CURANG" Korang mesti x mahu pasangan korang curang kan... SO, jangan buat perkara yang korang sendiri tidak mahukan ia terjadi pada diri korang..... Dari dulu, ak mmg pegang ayat 2... Tapi kalo kita x curang, pasangan kita sendiri yang curang... Itu x bole nk kte pe la kan.... Setidak2 nya kita da cube yang terbaik demi perhubungan itu.....


Ok, kt cnie ak sertakan sedikit yang ak baca n bole dijadikan sedikit ilmu untuk kita semua......



Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!
Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.
Rasa MarahPercaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri 
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!
Sering BerjauhanAnda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya.  Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!
Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.
Komunikasi Yang HambarMasalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.
Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!
Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.
Mahu Lebih BahagiaBila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang  tidak jelas.
Sikap Yang Mengada-ngadaAsyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan  cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.
Ada Orang  Tidak Puas HatiSi Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

Tuesday, June 7, 2011

1ST ENTRY IN JUNE

Assalammualaikum...

Hai korang...... Lamenye x update blog... sedar x sedar da bln 6 da kan.... n nie 1st entri tok bln nie..... Bkn x nk updte... kekangan mase...... x ckup mse nk updte bagai... g pown, stiap kali on9, msti xde idea nk menaip pape.... So, ak lupekan hasrat yang suci dan murni untuk mengupdate blog nie... hehehe... sory la ye.... ( ceh, padahal xde spe pown nk  bce blog ak.. huhu )

Seperti yang ak bgtaw sebelum nie, ak kerja mase cuti nie.... Alhamdulillah, hari 2 da dpt da gajinye..... Walaupun x banyak mne pown ( Sbb gaji kt muar nie mmg kecik/ckit pown) Syukur Alhamdulillah... kire ok la kan dari xde... dari ak dok uma x wt pape, ak ak m'habiskan duet mak ak jerk... nk topap pown mntk mak duet, baek ak keje.......  Hari 2, separuh dari gaji ak, ak bg kat mak... tp mak x nk amek semua..... mak kte cian kt ak... ish3.... bkn xde lg kowt yg kt ak 2.... g pown ak bkn nk gne sgt pown... yg kt ak 2 lebih dr cukup da.....  Ye la, mak msti byk nk gne duet, sbb 2 ak bg lebih..... tp x sngke lak mak x nk amek sume.... 

Erm, bru2 nie de kuar jenjalan ngan adik... dy ajak g beli tudung... ye la, owg nk msuk u, msti byk brg nk beli..... bile kuar ngan dy, ak mule taw serba sedikit sifat dy.. cm ne owgnye.... then de la citer2 yg sblm nie ak x taw, tp ak dpt taw mse 2.. hahahahha..... tp yg x bestnye dy bole ckp "hanya akk jerk yg bole ubah abang" ish3..... npe ckp mcm 2.....ak xnk..... then dy bole ckp, "mne taw nnt ade jodoh..." hahahaha... siyes, bengong....... hahahahaha

Kat tempat keje lak, ak makin rapat dgn diorg sume.... akk2 kt sne pown baek, yg lelaki pown ok... amek berat pasal antara 1 sama lain....  terase syg lak nk benti walaupun pas2 nie klo cuti bole keje lg... hehehe.... Cuti sekolah nie, ak amek anak2 sedare ak kt uma diorg... then diorg dok la uma nie..... ye r, ade gak apis kawan kan... then td, mse diorg blk, masing2 x nk blk..... ye r, klo diorg blk cnie, jgn harap la diorg nk blk sne lg... msti ckp x nk punye... mse blk td pown, masing2 muke terpakse jerk blk.... hahahhaa... klako siot.....

Hari sabtu hr 2, kami ke Wedding Kak anor.... Ak x taw nk terangkan kak anor 2 spe bg kami, tp diorg sekeluarga da mcm keluarga kitorg gk la.... mak dy panggil mak ak mak..... senang citer, mak kak anor 2 adik abg ak ( abg yg laen mak )..... kirenye dy 1 mak ngan abg rosli ak la.... mse dulu2, mak kak anor dok ngan mak n arwah ayah.... lme gk dy dok ngan fmly kitorg.. x silap ak bertahun gk... skola kt cnie...... Agak terkejut gk bile kak anor bersanding x bertudung, sbb spnjng ak knl dy, dy bertudung klo x slp ak.. tp muke dy sgt sweet... dgn mate sepet dy.. meh lyn gmba ckit....













Haish... nk updte gamba berejam seyh.,.... menyirap jerk... internet slow giler...... Bru nk updte gmba bebyk... huhuhu...

K la, hari senin lak, kitorg wt mjlis tok smbt brthday anak2 sdre ak... wt mlm... siang 2 smpt kuar cri kek n hadiah tok diorg..... xde la wt besar2 an.... wt biase2 jerk......

Nnt2 la ak upload gmba brthdy diorg 2... internet lembab giler... malas ak nk tggu......bile internet da mcm nie, mood nk menaip pepanjang pown hilang.... k la, ngantok giler nie.....g..... t smbng  Pe jd ngan esok ek??? adekah semuanya akan terjadi seperti pe yg bermain di fikiran ak sejak2 nie???? tunggu.,.................. hehehhee

k la, jmpe lg nnt.... bubye...........