Monday, July 30, 2012

SELAMAT ULANG TAHUN MAK

Assalammualaikum....

Seperti tahun-tahun yang lepas, Alhamdulillah masih tak lupa tarikh 30 Julai.... Walaupun mak tak baca blog aku, tapi aku nak tulis gak.... hahahaha.. ye la, untuk tatapan akan datang, kot-kot terlupa, boleh dijadikan rujukan kan....


 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN MAK... 

 Semoga: 


* dipanjangkan umur 
* dimurahkan rezeki selalu 
* dikurniakan kesihatan yang baik
* dirahmati ALLAH selalu 

 Actually bukan birthday mak kandung aku sebab birthday mak aku 25 Sept nanti.. nie birthday mak yang aku da anggap macam mak aku sendiri, ak sayang macam mak aku sendiri.... Mak pasir gudang... =)

Maaf kerana tak dapat nak raikan bersama-sama sebab aku pon baru balik dari sana kan minggu lepas... nak balik lagi, memang tak dapat sebab da janji nak balik muar... Ape pon, aku hanya dapat mengucapkan dan mengirim doa dari jauh..... Ape pon, saya sayang mak..!!


Friday, July 27, 2012

TERRRR RINDU

Assalammualaikum....

 Sekarang aku dalam mood terrrr rindu kat seseorang...kalau sebelum nie ak rindu kat family aku, tapi sekarang nie aku dah berada berada bersama mereka dan kali ni terrr rindu orang lain plak....

 Bau minyak wangi tu pon tak mampu nak membantu sangat sebab dia buat aku see makin rindu... Buat kamu yang berada disana, Jaga diri baik-baik ye, jaga kesihatan, jangan abaikan kesihatan.. Jaga hati baik-baik...jangan biarkan orang sesuka hati menyakiti hati kamu lagi kerana kamu berhak tok bahagia...

Teruskan tersenyum walau apa jua yang berlaku kerana INGAT, KAMU CANTIK BILA TERSENYUM... :-)

 YA ALLAH,

JAGALAH DIA,
BERIKAN DIA KEKUATAN,
BERIKAN DIA SEMANGAT YANG TINGGI,
BERILAH KEBAHAGIAAN PADANYA,
DAN BERIKANLAH DIA SINAR HARAPAN AGAR SENANG DIA MENCAPAI CITA-CITA DAN HAJATNYA....

Seperti mahu terbang pergi kepada dia, peluk dia dan kemudian balik semula...hu huhu

owh sapu tangan, kau buat ak jadi gila bila kau asyik menghilang saja....satu rumah aku mencari 

Wednesday, July 25, 2012

MACAM-MACAM RAGAM DAN LAGU PILIHAN

Assalammualaikum....

Sebelum nie blog aku tunggang langgang.... dengan takde space bagai kan... so, sekarang ni berkesempatan sikit nak edit... hehehe.. Niat dihati nak update tapi tetiba idea yang mencurah-curah tadi tiba-tiba hilang sedikit demi sedikit.... Disamping otak yang agak perlahan proses hari ni... huhu

Sekarang, aku sedang menjalani hari-hari yang mendatang seperti lazim sebelum ini... berada dirumah yang kosong, siang ke kelas dan malam duduk rumah.... Hari- hari yang penuh kebosanan..... Tapi apa yang aku nak ceritakan bukanlah cerita tentang kebosanan aku disini tapi kegembiraan aku sebelum ini.....

Kepergian aku kesatu tempat tak dirancang dengan teliti sebenarnya... Rancang pun dah saat saat akhir sebab aku ni jenis tak boleh merancang, nanti ada je yang tak jadi... Disebabkan cuti aku pun dah nak abis, so aku ambil la peluang ni untuk menziarah keluarga yang dah lama aku tak ziarah...

Seperti biasa, kalau aku memaklumkan dahulu sebelum aku kesana, pasti aku akan lama terkandas kat sana seperti kelazimannya.... dan ianya memang sah terbukti... Dari sehari ke sehari terpaksa tunda nak balik.... daripada mak tak bagi balik, then akak dan si budak kecik tu (abang)... dan lebih terkejut pabila budak kecik berusia 7tahun berpakat bersama mak saudaranya mengenakan aku sehinggakan aku tak jadi balik... 

Alhamdulillah kehadiran aku diterima baik, terutama sekali ialah mak... gembira bila dapat bersama-sama, ketawa bersama, berkongsi cerita bersama dan yang penting sedikit sebanyak aku berani menceritakan tentang apa yang aku rasa dan apa yang aku alami... Perasaan sedih yang aku alami dapat diatasi dengan kegembiraan yang ada disana.... dan sedikit sebanyak tak mengingatkan aku pada orang yang tak sepatutnya aku ingat...

Mulanya tak merancang pon nak berlama disana sebab aku nak balik ikot hari yang sesuai.. tapi bila mak dah menggunakan kuasa vetonya... terpaksa la... sampaikan mak cakap, "kalau nak balik jugak, jangan datang sini lagi"... hahahaha.. biasa nya begitulah kalau tak bagi aku balik.... lepas mak cakap cmtu, hari kemudiannya, kak win pulak cakap camtu, dan hari seterusnya akak pulak cakap masa kat maslee....

Dan paling tak dijangkakan pada hari yang aku benar-benar da boleh balik, aku da siap kemas beg semua, dah salam kakwin n anak-anak dia, nak balik naik bas, akak cakap nak anta kat masai, sebab mereka pon nak ke kulai pergi melawat akak ipar mak meninggal, tapi tak sangka plak dia tak hantar aku ke masai tapi terus ke kulai, dengan alasan TERLUPA.... bila balik baru la aku tau alasan TERLUPA dia tu....

Rupanya masa aku baru turun dari rumah kak win, si abang hantar mesej kat akak cakap " ucu, jgn lah bg achik cu balik" (mungkin camtu kot sebab aku tak tengok mesejnya) dan sekali lagi dia cakap kat akak bila nak amek kunci rumah kat akak..... benda nie terkantoi pon bila kak win bagitau aku masa lepas berbuka.... punye la baik kan pelan anak sedara n mak sedara dia ni.. kesudahnya aku pergi melawat dengan seluar jeans dengan kemeja... kalau la tau nak g melawat, aku da pakai baju kurung dah....

Sesungguhnya aku gembira bila tengok mereka gembira, sesungguhnya aku senang dengan situasi begitu dan sesungguhnya aku mahukan begitu lagi.... kenangan itu akan kekal abadi.... Mudah-mudahan aku akan dapat bersama-sama mereka lagi...

Actually ada gambar yang nak diletak dan ada cerita yang hendak diceritakan tapi disebabkan usb tak ketemu, mungkin lain kali ye.... 

Sebelum aku akhiri bebelan aku hari nie, aku nak tinggalkan dengan 1 lagu yang betol betol aku suka dan memang aku akan dengar berulang kali dan bagi aku ianya benar benar aku maksudkan.... kamu yang cntik bila tersenyum, dengar ye.. hahahaha







Tuhan,
Jagakan Dia Untukku,
Jagakan Dia Agar Airmatanya Tak Lagi Jatuh,
Jagakan Dia Agar Cintanya Selalu Penuh,
Untaikan Senyuman Di Bibirnya,
Terangkan Cahaya Matanya..

Hangatkan Hari-harinya Agar Selalu Ceria,
Sinarilah Malamnya Agar Tidurnya Lelap,
Berilah Dia Mimpi-mimpi Indah,
Aku mohon, Tuhan Jagakan Dia Untukku..

Friday, July 13, 2012

SUKA DALAM DUKA

Assalammualaikum... Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bersama mereka-mereka yang dirindui..Alhamdulillah, penerimaan juga baik... Terasa senang,dan gembira dalam dua hari nie..harap ianya berterusan.... dan bertambah gembira bila dapat melihat orang yang kita sayang ketawa...

 Mungkin dalam terlalu banyak ketawa, tak perasan de sesuatu yang telah berlaku dan buat aku rasa sedih... Ya Allah, dugaan lagi.... Sanggup nye awak buat camtu....

 Tadi, Disaat seseorang bertanyakan aku, aku ada masalah ke...ye...memang ada masalah dan kalau boleh tak nak masalah tu merosakkan mood aku tok gembira disini... Walaupun agak sedih dengan kejadian baru2 nie dan tak sangka ianya bertambah teruk...apa pun, maafkan saya ye...

 Apa pon, kalo boleh nak habiskan sisa2 disini dengan gembira dan tersenyum jerk... Cuba tok lupakan masalah yang ada dan cekalkan aty...

 Untuk miss A n family...kite gembira dengan suasana kat cni dan terhibur dengan semuanya...

 Tak segalanya yang kita nak,kita bole dapat.. Hargailah sesuatu yang kita n ada sebelum menyesal setelah ianya pergi dari kita....

Friday, July 6, 2012

KENAPA NIE?

Kenapa aku tak rasa apa-apa bila dapat mesej dari dia??

Kenapa aku tak rasa apa-apa bila bila kami berhubung??

Kenapa aku tak rasa apa-apa bila dapat tahu dia sedang mengubah cara hidup dia ke arah yang lebih baik??

Kenapa aku tak rasa apa-apa sedangkan sepatutnya aku rasa gembira??  

Kenapa aku tak rasa apa-apa?? Kenapa??

Adakah mungkin rasa itu dah hilang??

Adakah aku dah beralih arah?? Maafkan aku......