Thursday, August 9, 2012

AKIBAT BERTANGGUH

Assalammualaikum....

Hari ni nak bercerita sesuatu, bukan apa.. sebagai pengajaran... apatah lagi pada orang yang suka wat keje bertangguh macam aku.... hahahaha.... macam biasa la kan... aku ni memang suka wat camtu, tak sedar yang memang banyak masalah kalau kerja bertangguh nie..

Yang lebih teruk lagi bila aku nie sorang yang cepat lupa.... tak tahu kenapa tapi sejak akhir-akhir ni aku memang seorang yang pelupa... aduyai.... so, kalau pesan apa apa kat aku, make sure ingatkan aku balik....

Perangai aku yang paling ketara ialah suka snooze jam... hahaha..memang la kan.. so kalau aku nak bangun kol 4 contohnye, aku kene kunci kol 3... dan paling teruk bila aku tak sedar lepas tu... memang la kan.... dah 3 hari perut aku buat hal.... Selasa ritu memang kuar masuk tandas, sampai kat class pon aku nak ke tandas... dan masa berbuka aku buatlah bubur ayam sebab aku tak nak menambahkan sakit dengan makan pedas....

Tapi yang lebih perit bila semalam ( rabu) aku boleh tak terjaga masa sahur... Ok, aku takde snooze jam pon ok, tapi aku rasa aku tak dengar bila alarm berbunyi... hahaha..dan for 2nd day perut aku still macam tu... n nak tau ape jadi?? sehari aku terbaring, naseb bek 1 class lec cuti n tggal 1 class jerk... oleh sebab itulah aku nekad nk mntk tlg seseorg kejotkn aku...

Dan nak dijadikan cerita, aku memang sukaaaaa sesangat kemas waktu tengah malam..so, aku tak boleh tido, aku kemas la 1 uma... siap mop bagai.... kol 3 baru aku tido.... bile kol 4 lebih, alarm aku berbunyi, dan ak tido.. then akak call 2 kali, aku bangun, then aku anta msj aku ckp aku da bangun, time kasih.... Then tau ape jadi pas tu???? aku tido balikkk....!!! ( sory akak) ok, memang giler.. kenapa aku jadi kuat tido nie??? aduhhh...

Naseb bek aku terjada balik sebelum habis waktu sahur.. kalau tak sia-sia jerk.... hampir kol 6.30, aku tertido.... dan sekali lagi, terlambat bangun nak g kelas.... hahaha.... siap cepat-cepat then pegi kelas, sampai kelas kene marah sebab miss dok sensorang.... muahahahaha... padan muke ko sha....!! pagi-pagi da kene marah...

so, moral dia ialah, jangan suka bertangguh, nanti diri sendiri jugak yang susah... Ini ingatan pada diri aku sendiri... so pasni taubat tak nak buat lagi (boleh percaya ke???) so, pasni, tak nak bertangguh lagi... =)

Wednesday, August 8, 2012

8 OGOS

Assalammualaikum

8 Ogos datang lagi..... Sebenarnye benda ni tak payah nak ingat sangat sebab benda da tak penting pon... Tapi tak tahu nape boleh teringat pulak dan boleh TERMIMPI pulak pagi tadi sampai tak terjaga nak bangun sahur..... Nak kata aku teringat kat dia sampai terbawa ke mimpi tak pun.. takde nak ingat atau fikir pasal dia semalam... ntah la... Mimpi tu kan mainan tidur... kan....

Mungkin ia agak manis untuk 7 tahun yang lepas tapi bukan untuk tahun ke 7 ni.... Sebab banyak benda yang dah berlaku dan banyak benda yang dah berubah... Dan apa yang boleh aku katakan ialah banyak benda yang perlu dilakukan untuk melupakan apa yang berlaku sepanjang 7 tahun ni....

Maafkan aku tuk selama ni... Dan mungkin ini keputusan muktamad yang amat perit yang dibuat tapi Insyaallah akan mendatangkan kebaikan untuk kedua belah pihak..... Bukan untuk dilupakan, tapi lebih baik berkawan sahaja... kerana itu yang terbaik..

Dan tadi, bila saja - saja nak cari lagu... tetiba terdapat satu lagu ni... macam sesuai...  nak bagi dengar, kat you tube macam merapu-rapu lak video dia.... layan lirik je la ye...


KANGEN BAND - JIKA

Jika kau tak menduakanku
Kau tak meninggalkanku
Ku kan setia padamu

Jika kau tak membuat luka
Yang tak dapat ku lupa
Aku pasti setia

namun kau telah memilih
Dia sebagai pengganti aku

Lupakan aku bila mencintai
Dengan setengah hati
Ku rasa sampai disini

lihatlah aku selalu tegar dan tak rapuh
sejenak aku berdiri
namun ku tak merasa letih

Walaupun bumi ini berhenti
dan langit pun terbelah
Aku takkan kembali

Karna kau tlah membuat luka
Yang tak dapat ku lupa
Selama aku bernyawa

Karna kau telah memilih
Dia sebagai pengganti ku


Saturday, August 4, 2012

UNTUK PERTAMA KALINYA

Assalammualaikum...

Ya ALLAH.. Hari ni dalam sejarah dan sukar tuk dilupakan kerana untuk pertama kalinye aku eksiden... Dengan india plak tu... India yang pandai berkata-kata dan menidakkan kebenaran... Mentang-mentang la aku sorang perempuan.... Harap-harap aku tak jumpa lagi india tu... Memang betol-betol menguji kesabaran di bulan puasa nie... 

Tak ada kecederaan serius cuma ade sesuatu yang tercedera.... macam mane nie... aduhhh....