Wednesday, November 30, 2011

STRUGGLE

Assalammualaikum...

Patutnye tak boleh nak update blog sebab tengah struggle dengan 

Ok, memang saat-saat nie sangat tension ok... 2 assignment nak kene hantar minggu nie dan 3 lagi assignment yang menanti.... Banyak tak? Aku da rase otak aku memang da tepu dan semalam, aku hanya tido 1 jam, tu pun sebelom tido, aku tak boleh nak buat ape ape... Pas bangun tido baru le ade idea nak buat... Ok, ak memang jenis tak bole wat assingnent siang kecuali kalo due date dia hari nie jugak...!! muahahahaha....

So, kepada kawan kawan yang sedang mengalami perkara yang sama cam aku, gud luck ye.... Tok exam jugak nanti... Walaupun sem nie aku memang sangat sangat banyak main main, tapi bab assignment, aku memang nak wat yang terbaik, dan tak nak hantar lambat dari due date yang diberikan (ALhamdulillah, setakat nie tak pernah terjadi lagi.)

Sem depan da masuk final year, so mesti lagi hebat dari nie, hebat dari test, exam, assignment.. Bile dengar kawan kawan yang da masuk final year tu macam mane, tetibe jadi seram... Ya ALLAH, berikanlah kami kekuatan dan permudahkan jalan kami untuk berjaya setanding dengan usaha kami.....

Untuk kawan-kawan yang ade problem nak-nak yang berkaitan dengan asyik berjumpa kak siti ( kalo budak kolej nie taw la nape kene jumpe kak siti), bersabar ye.... Aku pown kene gak perkara yang sama....Kenapa la pihak pengurusan nie suke cakap lain, then beri lain kan.... Tapi yang pastinya aku tak taw nak cakap macam mane dengan akak aku... kesian kat dia.... Da la sebelum nie dia de kejdian yang tak diingini berlaku.... Hope aku ada kekuatan tok terus terang kat akak aku... tapi dalam fikiran aku sekarang nie, nak keje part time je rase.. tapi akak aku bagi ke??? aishhhh

Untuk seseorang, give me 1 year.. only 1 year... then evrthing will be ok... Bak kate kamu  1 tahun tu tak lama, so,bagi saya masa 1 tahun untuk betul betul serius dan saya akan dapatkan ape hak saya dulu. Tekad da nie.. muahahaha.... So, sekarang nie, nak tumpu pada study dulu, nak nak tahun depan da final year... serius takut.... 

PERKATAAN YANG BIASA DIGUNAKAN OLEH WANITA

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. 

PERGILAH (dengan kening biasa) 

Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Friday, November 25, 2011

CINTA

Assalammualaikum...

Hari nie nak kongsi satu ayat yang aku terbaca dalam satu page nie, memang penah dengar, tapi wat tak taw je sebelum nie, tapi hari nie macam tertarik lak...

Dalam bercinta, jangan bagi seratus peratus,  Sebab kadang-kadang kita je yang beriya-iya dalam perhubungan tu, walhal dia tak pun, Akhirnya, bila putus, kita yang rasa sakit. Macam palat dia punya sakit. Kalah Sakit 
Terpijak paku tekan.


Dan baru-baru nie, aku ada meminta nasihat daripada seseorang yang aku percayai dan boleh memberi sedikit sebanyak kata-kata tok aku buat rujukan atau pedoman..

Dalam satu perhubungan kita harus banyak bersabar dan berkorban, InsyaAllah, dari apa yang kita berkorban itu, kita akan nampak hasilnya dikemudian hari.  Bak kata pepatah, bersusah-susah 
dahulu, bersenang-senang kemudian ( pepatah nie, aku yang tambah..hahaha)


hahaha.. malam nie agak melalut cikit sebab tengah tak bape nak ok disebabkan makcik kipochi tu.... tak pasal-pasal aku da kene marah ngan  Mr Aishiteru.. Mangkuk ayun betol..... WTFish... Ingat aku hadap sangat muke ko mak cik kipochi, aku pown kalo boleh tak hingin nak g tempat ko, kalo tak pak cik jaga tadi soh tengok barang kat citu, takdenye aku nak nampak ko.... wat spoil mood aku nak berjalan jerk tadi.

Ape pown, aku sangat setuju dengan dua kata-kata diatas... Tak salah menyayangi seseorang, tapi bukan seratus peratus... aku nak cuba buat macam tu sebab sebelum nie , kalo aku sayang orang, memang sayang gile gile, tapi akhirnya aku yang kecewa bagai nak mati.....

Ape pown, buat mereka mereka yang sentiasa menyokong aku, terima kasih diucapkan,.. terutama sekali pada My Adviser... Thanks a lot... kata-kata kamu banyak membantu dalam membuat keputusan... Ape pown yang akan terjadi, aku tak akan mengalah, aku akan dapatkan balik apa yang perlu.... Aku tak akan sekali kali mengalah begitu sahaja... ;-)

Tuesday, November 22, 2011

DEKAT DIHATI =)

Assalammualaikum....

Aku kembali lagi... Ok, kali nie kembali dengan mood yang baik dan ofkos la berbunga-bunga... hahaha... seperti biase dan seperti yang aku cakap pada entri sebelum ni, aku balik kampung pada hujung minggu lepas.. ( hujung minggu ker? walhal aku balik hari khamis kot.... tak hujung minggu sangat la kan...) 

Mase balik, kami terperangkap dalam jem selama 1  jam untuk melepasi dalam 5 km... mmg mnguji kesabaran mase tu, nasib baik su ade skali sebab nak balik johor dari muar... Bile da bosan-bosan, su yang memang giler bergambar ( bukan ko pown giler bergambar ke sha???) pown snap la gamba mse jem tu... memang ase macam malu dengan orang orang sebelah, tapi wat dek je la.... tapi yang ade kat aku, cikit jerk, yang lain sumer kat su...





Nie la keadaan mase jem hari tu... Yang buat kitorang tergelak, dalam jem, ade la sorang cine nie bole lak kuar kete jalan kat tengah-tengah jalan... memang ler.. da macam ape dah.....sampai uma dalam kol 5 lbh, then makan makan, kebetulan mak aku baru pas goreng bihun.... dalam kol 6.30 anta su kat muar.... Yang bestnye, boleh la pulak jumpe abg lori mase jem kat pedas linggi mase 2.. da la kitorang malu ngan abang tu mase tu, bole terjumpa lagi kat muar.... Memang la.... then bile da sampai stesen bas, abang tu siap hon lagi... aje giler....

Hari hari seterusnya berjalan macam biase, tapi, time nak balik kolej, memang la sangat sangat malas... dari nak balik ahad, tak jadi, tunda senin pagi, dari senin pagi, tunda senin petang, dari senin petang, tunda selasa pagi.. dr selasa pagi tunda tgh hari.... tapi da tengah hari, da takde tunda tunda lagi.... nak mati ape.. baik x yah balik terus kalo camtu kan......

Time nak balik tu ngantok sesangat, memang sejak azali lagi aku xleh drive lelame waktu tengah hari kalo sensorang sebab aku akan ngantok.... Aku singgah la kedai kawan aku yang sorang nie... (kawan la sangat kan) Berbual bual dengan mak dy, tolong mak dy kat kedai dan sampai tak sedar hari da petang...Yang paling tak best, aku asyik terkena jerk dengan dia semalam... Serius, walaupun geram, tapi tetibe teringat kembali macam dolu dolu... hahahahaha.. da la mse kat kedai tu, de beberapa orang yang mesej tnye aku kat mane, sampai tak taw nak jawab pe.. hahaha

Lepas jerk smbung perjalanan, singgah jap kat kolej kawan aku, g jumpe dia jap sebab dia yang beria ia soh aku pegi kedai tu tadi.... Sebab sebelum nie dia pown da g kedai tu..... Then aku bawak dia and kawan dia kuar jap kat area simpang ampat.... G kedai makan, then order air, borak-borak jerk... nak makan kenyang plak... sebab da kene paksa makan mase kat kedai mak kawan aku tadi, dia belikan air, mak dia beli makanan dan paksa aku makan....Kalau tak, dengan bapak-bapak dia sekali tak benti suruh aku makan....

Pas anta kawan aku kat kolej dia, pegi jumpe "dy".... hahahaha... Ok, sangat jauh perjalanan aku nak balik kolej semalam... naseb baek tak ade class...kalo tak mati aku.... Ok, berbalik pada citer tadi... Tengah- tengah jumpe, skali kuar lak lagu "aishiteru"... dan dan la time tu nak kuar kan.... then lagu love you like a love song....hahahaha.. ok, tq kepada hotfm.... muahahahaha....

Malas lak nak taip pepanjang, walaupun memang da berjela aku taip... ok, skrang masa untuk misi menyiapkan assingmnt yang melambak-lambak tu... k bye....


Saturday, November 19, 2011

BILA CUTI SEKOLAH BERMULA

Assalammualaikum....

Hye korang, Sekarang nie da pertengahan or lebih tepat lagi da nak masuk ujung bulan November kan.... Saat-saat macam nie la yang ditunggu-tunggu oleh budak sekolah ye tak?? hehehe.... Semalam, telah bermulanya cuti sekolah bagi mereka-mereka yang bersekolah, dan cuti ujung minggu bagi aku.. muahahaha...(ko da banyak cuti, so dok diam-diam je la ye sha).. Aku lak, tunggu la bulan depan yerk baru cuti, so wat mase sekarang, dk je la menghadap assgnmnt yang memang melambak-lambak....

Tapi, tak cuti pon, Balik Muar, tetap balik... hahahaha.. Serius weyh, semenjak raya puasa ritu, tak ade satu minggu pown rasanya yang aku dok kolej.. Setiap minggu balik... X kira la balik Muar ke, Selayang ke, JB ke or g kelantan.... Yang penting memang tak ade dok kat kolej tu.... Serius, bukan tak penat balik tiap-tiap minggu... penat wei.. sebab perjalanan amek mase yang lama.. tapi ntah la... bile minggu nie da beria-ia nak dok kolej je sebab malas nak balik, tak lama pas tu mesti de benda penting kene balik.. hah, cm tu la gayanya... so, memang tak dapat nak dielakkan la kan...

Cuti-cuti nie, ofkos la ramai yang wat kenduri kan.. tak kira la wedding ke, majlis kesyukuran ke, sunat ke, tunang ke... mesti banyak punye kan... time-time camnie la diorang akan amek kesempatan untuk wat majlis tu semua....Tapi yang pastinye majlis kahwin memang banyak kan.....



Macam best jerk an bila dua hati yang saling mencintai menjadi satu... Memastikan kasih sayang mereka bersatu di jinjang pelamin..... Dan berterusan hingga ke akhir hayat..... Ape pown aku suka wedding sepupu aku bulan lepas, Temanya liverpool..... memang merah menyala la pakaian diorang..... tapi yang cantiknya kek dia la.. memang cantik gila...... 



Nie la dia pengantin dy... kak dila dan abg fedro.... Memang best la wedding diorang... Kak dila nie anak pak long aku......Walaupun da dekat sebulan wedding diorang, tapi still terasa lagi sebab best.... Semalam lak, aku g wedding anak mak ngah aku, Kat melaka.... Temanya biru... Cantik gak.. Macam tema yang aku nak nanti... (cewahhh, berangan jerk ko ea...) Dan sepanjng perjalanan balik dari rumah mak ngah aku, memang banyak wedding sepanjang perjalanan.... tak silap aku de 3 majlis sepanjang perjalanan.... then balik dari rumah mak ngah, sempat lagi pergi wedding kat rumah Ex Pakwe Adik Ex pkwe aku... hahahaha..... faham tak?? actually akak yang ajak aku pegi wedding tu, aku tak berapa nak rapat sangat dengan budak yang ajak g wedding rumah dia tu... Pagi-pagi akak mesej cakap nak g jmputan tak.. dia ade ajak, tapi akak lupe nak cakap.... Aku tanya la rumah sape?? dy cakap "uma pakwe adik bekas pakwe hang le" hahahahaha.. wak dia.. sesuke ati dia jerk ek... So, ptg tu g la jugak walaupun da pukul 4 da mase tu...... Tapi adik tak pegi pown sebab dia da tak ade pape da dengan budak tu...

Ok, da cakap panjang pasal wedding, janganlah ade yang bercerai berai la ye.. serius, aku tak suke perpisahan dan penceraian kerana mesti ade yang menjadi mangsa.....Macam tu jugak dengan madu.... Macam mane kalau yang belom berkahwin, tapi da berangan-angan nak pasang dua??? dan da berangan-angan nak kahwin dua satu hari nanti???? Kalo aku la kan, aku kan cakap no... sebab benda tu bukan boleh dibuat main... kalau mapu sekalipun, tapi bolehkan berlaku adil???? So, buat mereka-mereka yang aku sayang, jangan berangan nak pasang dua ye kalo tak mampu tok berlaku adil.....hahahaha...

Ok, bye...

Sunday, November 13, 2011

APA ADA DENGAN 13 NOVEMBER

Assalammualaikum


13 NOVEMBER 2011

DE ape dengan tarikh nie???

Ok, seperti tahun2 sebelum nie, banyak makna dengan tarikh dgn 13 november..... 

- 3 thn lepas, perkara paling manis telah berlaku, berbunga2 gak la mase 2...
- 2 tahun lepas, da rase manis-manis buah je... hahahha... macam buat air tu, kalau kurang manis kan kite panggil manis-manis buah kan....hahahahha
- Tahun lepas, agak manis la sebab terjadinye 2 in 1..... hahaha... ntah la.. macam-macam  berlaku tahun lepas, tapi alhamdulillah, bukan perkara yang buruk...

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun nie perkara manis berlaku... Untuk tahun ke empat nie, sekali lagi perkara manis berlaku walaupun bukan dengan owang yang penting dengan terjadinye tarikh ini.... Ape pown, aku takkan lupekan ape yang terjadi 3 tahun lepas.... Ape pown TERIMA KASIH YE, sepanjang 3 tahun nie, macam-macam perkara da berlaku, suka dan duka, pahit manis dan yang penting banyak pengalaman yang dipelajari.... Walaupun sya bukan yang terbaik dan tak mungkin jadi yang terbaik antara mereka, tapi sya tetap mendoakan kebahagiaan kamu.... bersama siapa pun....  Semoga kebahagiaan menjadi milikmu jua selamanya.....

Ape pown, hope tarikh 13 November di tahun- tahun akan datang tetap menjadi tarikh istimewa dan membawa kemanisan dalam hidup aku....


P/s : Sedang Dalam mood aty berbunga- bunga... terima kasih awak...

Thursday, November 10, 2011

KERJA GILA

Assalammualaikum

Hari nie tak nak taip panjang-panjang sebab tengah penat + ngantok sebab semalam tak tido nak siapkan case study, then balik class tadi terus gerak ke satu tempat.... Ape pown, nak cakap hari nie aku da wat satu 

KEJE GILER...!!!!

Pergghhh... mmg btl2 keje giler la.. da la g sane jauh- jauh, siap boleh lakukan penyiasatan lagi... Naseb baik adik tak jadi ikot... kalau adik ikot tadi, aku tak rasa yang aku leh wat keje giler tadi tu.. hahahaha.... Yang turut jadi peneman adalah Sue, ika and diyana... Hahhaa.. anyway, thank sye korang, tak pasal - pasal terlibat sama dalam keje giler nie.... Su cakap, kalo nak wat lagi, ajak dy, dy mmg suke bab-bab cam tu.... hahaha

Tapi, yang tak bestnye, bile da lepas perkara tu, tetibe jadi teringat..... Nak-nak mase kene balik sorang ke muar, da la da malam, lagu kat radio pown macam menyentuh jiwa jerk.... Ttibe terpikir sesuatu... Aishhh... pe la yang aku buat nie.... Ape pown, macam biase, kalo aku nak taw sesuatu, aku akan pikir dan buat sampai dapat walaupun ianya kerja giler.... hahahaha

Tuesday, November 1, 2011

THANKS KORANG

Assalammualaikum.....

hye.... Alhamdulillah... Genap sudah umur aku 21 tahun, tahun nie..... Tetibe ase mcm da dewasa da.... X mude remaja lagi ke??? huhu.... Owg kata, kalau 21 tahun, dah dapat kunci kebebasan... betul ke??? pada aku sama jerk kowt..... Bebas tak bebas jugak la... yang penting pandai jaga diri... kan... kan... kan.....

Semalam aku tertido cepat.. nak kate cepat sangat tak jugak.. dalam 11.45 or 11.50 gitu la... Dan dan la time tu nak tertido kan... laptop da la lupe nak tutup.... Bile dengar fon bunyi, ak dengar, tapi aku biarkan jerk.. ye la... mamai punye pasal kan... hahaha...Sory ye korang, bukan tak nak reply atau tak menghargai, tapi kengantukan yang amat sangat... atleast aku balas gak kan walaupun lambat..... After class pagi, kitorang lalu a5 dan mase tu ade event... pasal produk clinique... disebabkan mase 2 aku jalan ngan su yang memang hantu bab bab cam tu, aku pown ditarik skali unutk dgr ceramah pasal cara penjagaan wajah kite... yang paling best bile owang tu tanye, de btrhday sape sape tak hari nie... su dengan pantasnye jawab aku... owang tu soh aku ke depan tok nk makeupkan aku la kononnye, sebagai hadiah brthday.... huh, tak nak aku, malu aku..... so, dy panggil la owang lain, tp ape pown, yg bestnye, aku owang pertama dapat hadiah disamping dapat door gift lagi...

Balik class, ak call mak, ak call anak anak buah aku, ak call shima, faten, kak win...... rindu kat diorang semua.... mak wish brthday aku....... cume tak sempat nak call mak PG, aku takut mak bz sbb mak jage ah boy... rindu kat mak pg jugak..=(

Hari nie sempat masak bubur merah bubur putih, keropok lekor, then char kuew tiaw...... bubur tu aku masak dgn niat bagi bagi kat kawan kawan... so, aku bungkuskan dan bagi la kat bape owang kawan yang ade kat kolej.... tahun nie takde jemput sape sape datang kat uma macam tahun tahun lepas.... just ajak sue n makan bertiga ngan leen..... Ape pown, nk ucapkan terima kasih tak terhingga pada leen n su.... Thanks ye.....

Ape pown, untuk sape yang wish brthday aku hari nie.... THANKS YE KORANG..... Thanks atas ingatan tulus ikhlas..... n yang mendokan kesejahteraan aku jugak...... hehehee... Sayang korang sume....!! sedang sedang menanti saat habisnye call free, aku bermesej dengan seseorang yang tak patut aku mesej.... Ape la yang aku buat nie... Rindu nak dengar suara dy, tapi apakan daya.... hahahaha.. then mase tengah tengah bengong 2, dapat call dari seseorang... serius macam tak caya jerk mase r..... terus aku jadi macam nie...



Hahaha... bengong kan..... nak dengar suara owang lain, owang lain lak yang call... tak pe la... Dua dua aku SAYANG.... hahahaha.... Ape pown, thanks ye... walaupun mule mule wat aku rasa terkedu..... satu perkataan yang aku da lama tak dengar dan macam de sesuatu tak kene.... adekah seseorang itu telah membocorkan rahsia aku??? sebab hanya dy tahu ape yang aku hajatkan tok beberapa tahun nie.... Ape pown tak kisahlah.... Walaupun katanya hampir lupe brthday aku hari (sbnrnye sje je kn), atleast dy tak wish sehari selepas brthday aku macam tahun tahun yang lepas.... Thanks ye atas ingatan..... Sayang kamoo.... =)

Ape pown, aku happy sangat hari nie...... Mungkin permulaan baik bagi umo 21 tahun.. ape pown, smoga aku bertambang matang seiring dengan pertambahan usia..... Mudah mudahan pas nie aku menjadi owang yang lebih berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.....

Sekarang nie, ape yang aku rasa...


dan pengakuan berani mati untuk mereka yang aku sayang adalah


Yeah, i still love both of you.... terima kasih kerana menjadi orang yang paling saya sayang selain family saya.... walaupun kini tak lagi bersama... tak kire la untuk mr or miss itu... thanks =)

yeah... walaupun selama nie aku tak berkata kata tentang perasaan, tapi ini la yang aku rasakan...




Maaf kerana saya tidak sempurna kerana semua manusia didunia ini tidak sempurna....


Andai kamu bukan jodohku, saya terima dengan hati yang terbuka, tetapi...


Ape pown, kite tetap boleh berkawan kan... hahahahahaa....

Ok la, sebelum aku merepek panjang panjang baek aku stop.. Da la nak tulis 1 entry pown smpai bersambung ke pagi nie gara gara tertido mase online... sudahnye tak tutup laptop... hehehehe... ape pown... THANKS KORANG SUME... SAYANG KORANG...