Sunday, September 9, 2012

RAYA 2012

Assalammualaikum...

Walaupun sudah hari ke 23 kita berhari raya, tapi rasanya still tak salah kalau nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... Jika ada salah dan silap, ampun maaf dipinta.... 

kekangan masa dan kemalasan yang membuatkan aku terpaksa melupakan niat untuk menaip panjang-panjang kat blog nie... Almaklumlah, banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan... Daripada sebelum raya nak post entri, sampai nak abis raya dah.... Nie pon just sikit-cikit jerk dapat post.. tak dapat bagi tengok keseluruhan... may be next time... InsyaALLAH....

Meh layan gamba sikit... Gamba hari raya tahun nie dan yang bestnya semua adik beradik aku dapat berkumpul pada 1 hari raya tahun ni.... ditambah pulak pak cik dan mak cik yang memenuhi rumah aku pada 1 hari raya dari pagi ke malam... macam-macam ragam ada....

Bile hantu tart geledah bekas kuih mak kt dapur..haha

akibat terlampau ramai orang kat depan n malu
 nak makan kat depan... melampau tol makan atas gas

Bini orang yang berangan ala-ala bujang lagi... haha

Ini mak cik dan pak cik saya..huhu

Family dan saudara mara yang datang menziarah

Family abang yang sulung 

Sepupu-sepupu ( anak pak long )

Sepupu ( yg tengah ) bersama anak buah dia

Sebahagian daripada family kami

Abang dan akak ipar yang romantik

Sepupu dan anak sepupu

Bersama sepupu, akk dan anak sepupu

Family sebenar kami... 

Family abang yang first (sebapa)

Abang yang first (seibu sebapa) hehe

Abang atas saya

Family akak

Anak mak yang bujang n tak bujang.. haha

Adik beradik yang complete tahun nie

Menantu-menantu mak saya

Cucu-cucu mak saya.. bersama cucu menantu..

bersama anak buah yang lebih tua dari maksunya...

with mimie

With si gigi beso

Bersama kak nana


Family mak cik saya

Raya pertama, aku dok umah jerk..pakai pon biase2 jerk sebab keje memang kat dapur je la kan.... buat air, hidang makan, layan tetamu, bsuh pinggan mangkuk semua... Dari pagi sampai la malam...

Raya ke dua baru keluar...tu pun selepas kawan aku beraya rumah aku.. Lepas tu kitorang beraya rumah wak aku plak... Raya ke tiga dok rumah lagi... Dan raya ke empat baru la keluar jalan-jalan rumah kengkawan dan cikgu..... tu pon selepas rumah aku diserbu oleh mereka semua.... kalau tak, mesti aku malas nak g jugak.... malam nye pulak, rumah aku ada buat marhaban dan selepas tu kami pergi beraya rumah abang- abang aku.....

So boleh dikira, bape rumah jerk yang aku pergi tahun nie, lepas balik kolej, memang takde pegi memana la kan..ni dah 2 minggu tak balik kampung...rumah jiran-jiran pun tak raya lagi.. hihi....

Ok, tak abis lagi citer raya tapi malas nak smbung.... tengok la kalau rajin nanti... InsyaAllah..


* dalam cuba menjaga hati satu pihak, tak sangka ada yang berkecil hati dan ramai yang telah aku abaikan... Dan bila melihat respon pada hati yang aku cuba jaga, terasa macam pengorbanan yang sia-sia... Ya ALLAH, tabahkan hatiku... cekalkan jiwaku dan tebalkan tahap kesabaranku...

Terpaksa tidak menghadiri hari bersejarah seseorang yang sangat mengharapkan kehadiran aku demi orang lain.. dan akhirnya dy berkecil hati... maafkan kite ya.... mungkin betul apa yang kamu katakan, mungkin kite selalu lebihkan dia sedangkan dia tak nampak pun apa yang kita buat... Tapi, masa tak boleh berputar kembali.. :-(