Saturday, July 13, 2013

KEJATUHAN DI BULAN JUN

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Sedih plak hati bila tengok blog aku... nampak macam terabai sangat bila dah bulan julai tapi baru ade 7 entri tapi bukan setiap bulan ade entri..kekangan waktu yang membuatkan blog ni jadi camni.. Maaf la ye... lagipun berblogging hanya sekadar suka2 dan tempat untuk meluahkan... kalau rasa ada benda yang nak diluahkan atau diceritakan, ade la...kalau tak de tu maknanya bukan tok dikongsi bersama kot..hihi..

Walaupun sekarang dah dibulan julai, tapi aku masih nak bercerita tentang kejadian di bulan jun... Ok, 1st berita baik la ea... Alhamdulillah, seorang lagi kakak aku selamat sudah diijabkabulkan bersama suaminya sekarang... Setelah sekian lama, akhirnya terbuka juga hatinya untuk berumahtangga....Dan bermula lah perjlanan kami yang jauh.. pergi 2 kereta... dan selama lebih daripada 8 jam perjalanan kami... dan salah satu kereta, aku yang pandu selama pergi dan balik... sampai sana demam terus..ditambah lagi dengan senggugut..memang sangat awsme ok...

Cadangnya IncikB nak ikot sekali memandangkan dia kesian tengok aku kene drive sensorang.. dia kata jauh dan kebetulan masa tu aku memang tak sihat... tapi apakan daya, disebabkan tak dapat cuti dan tempoh berada disana lebih dari yang dia boleh cuti, so dia tak dapat nak ikot sekali... so mase tu memang redha jerk...dan Alhamdulillah... semuanya selamat....

Ok, berbalik pada tajuk...kejatuhan di bulan jun...Ok, bagi tahun ni, selama 7 bulan yang dah dilalui... bagi aku bulan jun adalah bulan kejatuhan aku... Ntah la.. bila kita nak tahu sesuatu tu, memang kita nak tahu sangat-sangat... tapi bila kita dah tahu, apa yang kita rasa? kadangkalan kita akan rasa sedih... yes... kadangkala kebenaran yang dirahsiakan tu memang menyakitkan jika kita ketahuinye...

Pada bulan Jun jugak lah banyak kejadian yang berlaku sehinggakan aku rasa kecewa, tertipu dan macam-macam lagi... Bukan pada seorang orang yang sama tapi orang-orang yang berlainan tetapi mempunyai rasa yang sama iaitu orang yang aku sayang...Macam-macam yang aku rasa dan yang pastinya ada rasa yang negatif... benda yang tak baik untuk diri sendiri...

Untuk seorang itu, tak perlu untuk aku katakan apa-apa sebab da sering terjadi dan seperti biasa, aku dan family aku memang tak penting kot dan seorang lagi ialah IncikB...Ok, tok bulan jun ni memang berbagai cabaran yang harus dilalui.. salah satu faktor mungkin jauh dan bila ade sesuatu itu terbongkar, maka berlaku lah perselisihan faham yang agak rumit...

Kadangkala rasa cam fdup jugak la...tapi bertahan... Baru setahun dah pelbagai dugaan... dan mungkin memang sifat aku camni... ape jua pahit getir dan rintangan, aku harus bertahan...kalau tak bertahan, yang sebelum ni pon tak de lah sampai 7 tahun kan...

Bila terdapat kata putus untuk berdiam seketika untuk satu atau dua minggu, aku setuju dengan harapan masing-masing boleh berfikir tentang apa selama ni yang kami mahukan dan apa yang terjadi... tapi bila tak sampai 2 hari dia da bagi mesej yang membuat hati aku tersentuh, so takde maknanya seminggu or dua minggu tu dan alhamdulillah keadaan kembali normal seperti sediakala...

Semakin dekat dan tiba tarikh dan waktu itu, semakin banyak dugaan dan rintangan..hope kami dapat tempuh dengan tenang dan sabar.... Ok, aku malas nak berceloteh pepanjang... entri ni pon melalut-lalut je kan.... ape pon selamat berpuasa... =)

Wednesday, May 22, 2013

BERKECIL HATI

Assalammualaikum...

Hari ni terajin nak update...tapi sikit je kot.. Melepaskan apa yang terbuku dihati... sebenarnya takde la teruk mana pon... Cuma berkecil hati sikit je... InsyaAllah, masih boleh bertahan...

Aku tau la kan aku dah tak penting mana pon. Tapi jangan la buat camni..Aku memang jenis tak bape nak kisah sangat la kan... terima je apa yang orang buat walaupun dalam hati agak terasa.. Bukan agak terasa lagi..memang terasa gila-gila... Sebab aku memang jenis cepat terasa...

Aku tak kisah kalau orang nak mintak tolong..aku akan tolong selagi termampu sebab aku rasa satu hari nanti, mana tau aku pulak ade masalah..kene mintak tolong kat orang jugak kan... Aku pon jenis yang tak kisah sangat... Ape orang nak buat, buat la... Dan pada aku, ntah la..senang je kot... keputusan kat tangan sendiri...kalau rasa mana terbaik, terpulang... Dan bila da banyak ikot keputusan orang lain, so aku memang tak tak hirau sangat.. Sebab aku memang dah macam ni.

Tapi, aku kisah bila aku dah cuba buat sesuatu, or bagitau apa2..tapi tak ada respon... sekali dua tak kisah lagi la...tapi kalau dah banyak kali...aku kisah ok sebab aku ade perasaan jugak... jangan nanti keluar lagi ayat aku tak pedulikan dan kalau ade ape-ape aku tak bagitau.  sebab tu la kadangkala aku lebih suka berhubung dengan orang lain untuk menyatakan sesuatu berbanding dia..walaupun aku lebih sayangkan dia berbanding orang yang aku berhubung tu....kadangkala apa yang aku bagitau tu, orang lain yang suruh sampaikan dan orang tu nak tau jawapan... tapi bile da macam tu nampak sangat aku kene jadi orang tengah... so kalau macam tu aku memang kisah...

Pasni kalau ada ayat yang menunjukkan seseorang tu salahkan aku atau kata aku tak hubungi dia or pape, aku diam je la kan.. sebab aku da buat ape yang aku patot buat.. Ok takpe... dulu mungkin ade satu ayat tu bukan tok aku...tapi sekarang aku pon nak cakap takpe...jangan risau... AKU TAKDE HATI.. TAKDE PERASAAN...SO BIARKAN JE LA...



#entry ni takde kene mengena ngan Incik b 

Sunday, May 19, 2013

KEJUJURAN, KEIKHLASAN DAN KESETIAAN

Assalammualaikum....

Setelah mengambil waktu yang lama untuk mengupdate blok aku sejak-sejak nie, hari ni aku kembali untuk menyapu segala sawang dan habuk yang ada... hahaha... Actually tak tau nak bercerita apa kerana sekarang ni apa yang terjadi aku banyak meroyan di twitter... hahaha... bukan sebab nak melupakan jasa blok Cerita Miss Sha  nie... Aku tau dulu aku banyak meroyan dan meluahkan dalam blok ini, tapi di twitter aku boleh update bila-bila masa dan juga tak perlu nak merangka ayat seperti karangan yang panjang-panjang seperti disini...

Sudah semestinya lah twitter aku private dan hanya orang yang dikenali di accept dan ade juga orang yang dikenali aku tak accept sebab malu nak bagi dia tengok aku meroyan dalam tu... memang semua yang terjadi banyak aku post kat sana... Seperti pentingnya twitter aku sekarang, penting juga blok aku yang ini sebab bagaimana aku memulakannya dulu, aku masih ingat lagi dan oleh itu aku tak akan mengakhirkannya... Sebabnya bila dah usia semakin meningkat, kita boleh mengimbau kembali apa yang kita taip disini kan... dan masa tu kita pasti akan gelak sendiri... dan cakap "kenapa la aku macam nie dulu..huhu"..

Tajuk tu aku tak tau nak tulis apa sebab aku bukan pandai bab nak bagi tajuk segala ni kan... ok... Alhamdulillah hidup aku sekarang ni ok... Masih disini dan hati juga masih tetap dan utuh untuk mereka yang aku sayang... Aku nak tekankan disini ialah tak semestinya kita tak berhubung dengan orang tu kita tak ingat langsung pada dia... banyak faktor yang membuatkan keadaan jadi sebegitu... Salah satu faktornya ialah tak nak mengganggu walaupun hati meronta untuk menghubungi...

Hah, cakap pasal mengganggu, Sejak-sejak ni ada la seorang makhluk asing yang datang dari planet mana yang aku rasa tak faham bahasa yang kita guna seharian mengganggu aku... Aku tak tau apa masalah dia.. dah berbulan jugak la dia mendiamkan diri dan itu yang aku nak sebenarnya... Ya, kami pernah mempunyai cerita manis satu ketika dahulu tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami terpaksa untuk membuat haluan masing-masing... tapi, disaat hati telah diberikan kepada yang lain, disaat aku sedang berbahagia bersama yang baru, dia muncul lagi dengan alasan dia mahukan kembali hubungan kami seperti dulu...

Dia kata dia rindukan aku, dia kata dia rindukan masakan aku, dia kata dia rindukan kek aku... Tapi apa yang aku nak kata kat dia aku mahukan dia jauh dari aku... Mr A, aku dah bagi kau peluang banyak kali dah suatu ketika dahulu dan kau tak pernah menghargainya dan sekarang jangan pernah mengharap pada sesuatu yang belum pasti... kini kita punyai haluan masing-masing..kita ada life masing-masing bersama pasangan masing-masing.. Jangan pernah katakan sayang kalau kau tak tau apa itu sayang dan jangan pernah katakan rindu kalau tak bermaksud untuk mengungkapnya...

Dan jangan ajar aku untuk curang bila aku katakan aku tak nak jumpa kau sebab aku tak nak kecilkan hati IncikB aku...dan sewenangnya kau katakan "jangan jadi budak kecik dan janganlah bagitau dia".. Sejujurnya apa yang aku alami sekarang tak sama dengan apa yang aku alami dulu.. Hubungan sekarang aku mahukan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan... harap kau faham situasi aku sekarang dan pergi dari hidup aku dan jangan ganggu aku lagi...

Baru-baru ni aku tak berapa nak ada mood sangat.. tak tahu sebab apa..mungkin keletihan atau mungkin banyak berfikir.... Kesian IncikB aku sebab dia yang banyak melayang kerenah aku...Macam mana aku tak sayang dia, bila aku marah dia akan cool, bila aku geram dan badmood, dia akan bersabar dan tenangkan aku bila aku kesusahan, dia akan dapat hidu walaupun aku sorokkan... tapi bila aku merajuk.... jangan harap dia nak pujuk... silap-silap dia yang merajuk balik... hampeh....

Dua tiga hari ni memang dia kata aku lain macam dan nampak ketaranya ialah semalam... aku macam biasa la.. kalau aku marah or geram aku akan senyap je,,, tak pon aku akan mesej macam ni "nanti kita mesej eh..".. so maknanya aku takde mood... Alhamdulillah dia faham dan tak memaksa orangnya dan dia bukan seorang yang mengongkong... tapi..tengah malam pulak si makhluk asing tu mengacau aku..aku rasa dia memang tadah diri tok bagi aku marah kat dia kot..sebab tu dia muncul malam tu... hahaha...pas gaduh ngan dia baru aku rasa ok...dan pagi tadi bangun tido rasa cam ok...sebab semua dah keluar..dan bangun tido je dapat call dari IncikB dan suke!

Dan mungkin disebabkan sejak beberapa hari ni kami pon macam so so je, tetiba hari ni dia kata nak datang sini..secara mengejut...Ok, dia bukan seorang yang romantik, bukan jugak seorang yang pandai memujuk, tapi ada benda yang dia buat kita akan rasa terharu... ye..dalam tak sedar, kadang kala dia banyak berkorban... tapi, biasanya bila kami berselisih faham, mula rasa hambar, dia akan bersusah payah datang sini untuk jumpa... Terima kasih IncikB... kite sayang awak!!

Dan tadi dia ada bawak barang sikit.. ok, aku tak penah mintak dia apa-apa.. apatah lagi topap... jauh sekali duit.... sebab aku tak nak terhutang budi..sapa yang kenal aku tau perangai aku macam mana... tapi tadi IncikB bawak barang sikit sebab dia suka kalau kitorang jumpa, aku masakkan apa-apa untuk dia... dan tadi aku masakkan.


Actually benda alah ni aku yang nak makan...sebab aku teringin nak makan rendang..dah lama tak makan.... Dah alang-alang aku bagi dia makan sekali.... dia tak cerewet tentang makanan sebab semua dia makan.. tapi bila ada yang kurang pada tekak dia.. dia akan cakap... Setakat ni Alhamdulillah... menepati citarasa dia dan if ada apa-apa dia akan tegur... 

Disebabkan dia suka makan dan aku sukan masak, bila aku tak nak makan dia akan paksa, so kami pon jadi semakin BERKEMBANG, KEMBANG DAN KEMBANG.... huh... jangan tak muat baju raya nanti dah la...

Ok la... dah lama tak update, sekali update membebel panjang-panjang... hahahaha.... nanti kalau aku rasa gajin nak update n membebel, aku muncul lagi ehhh.....  Assalammualaikum...

Friday, April 12, 2013

PERKEMBANGAN DAN PERSAHABATAN

Assalammualaikum....

Rasanya dah lama sangat tak menaip pepanjang... sampaikan nak update blog pon malas... Bulan lepas, kononnye nk update pasal birthday seseorang... Tapi akhirnya entri tu terbiar kat draft.... Sebab sibuk waktu tu dan hanya sempat taip by phone... Ingatkan keesokkannya nak sambung, akhirnya terlupa....Tak pe lah... nak post pon, macam da lambat sangat sebab nak ikotkan hari ni dah betul- betul genap sebulan...hehehe

Hari ni tetiba terpanggil untuk update blog yang semakin bersawang ni... Saja nak berceloteh kan.. hahahaha.... Awal bulan lepas, berkesempatan untuk balik JB sekejap... Menjengah mak yang dah lama tak jengah... Alhamdulillah, terlepas jugak hajat walaupun kejap je... Walaupun berat nak meninggalkan mereka dan tak puas tok bersama-sama, tapi terpaksa... InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki akan kesana lagi... =)

Sejak-sejak ni, aku macam lebih rapat dengan bella si mak buyung... kerap jugak jumpa sampaikan family dia kat lui pun dah rapat dengan aku... Alhamdulillah diterima baik seperti keluarga sendiri.... dan sempena birthday (actually birthday dia sama dengan birthday akak) dia bulan lepas, sempat jugak sambut sama-sama dan berikan sedikit kejutan kat dia... mulanya suami dia pun tak tahu, tapi pakat sama-sama last-last minit.... =)

Penghujung bulan lepas, pada 29hb march, genap 3 tahun arwah ayah kembali ke Rahmatullah... So, kami adik beradik berkumpul ramai-ramai dan buat kenduri untuk arwah ayah... kak atie yang dari kelantan pun balik jugak...Walaupun rasa seperti ade kekurangan orang, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.... dan keesokannye macam biasa... jalan-jalan cari makan sambil membawa orang jauh yang selalu mengidam macam-macam bila dah sampai muar...huhu...Tetiba terasa rindu pada mak kat kampung, rasanya baru 2 minggu tak balik....moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.... aminnn...

Perkembangan tentang IncikB pulak, Alhamdulillah seperti biasa... walaupun kadang-kadang ada sesuatu perselisihan terjadi, tapi macam biasa, perkara tu tak lama... Semoga sentiasa berkekalan seperti itu... Family incikB pon dah tau pasal kami dan mak dia memberi sesuatu idea yang aku langsung tak terfikir.... Ok... tak boleh nak kongsikan sekarang sebab ianya perkara yang agak berat... tetapi mungkin kitorang tak dapat nak ikut seperti cadangan mak dia tu dalam masa terdekat ni..huhu..Sebab ianya terlalu awal...

Ok, actually nak kongsi cikit tentang persahabatan... Aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu sentiasa ada bersama-sama aku.... pergi kelas sama-sama, duduk rumah sama-sama... merayap pun sama-sama....berkongsi cerita pon sama-sama.... Ok, ape yang aku nak tekankan kat sini, luaran seseorang itu bukan menunjukkan itu tu tak boleh menjadi seorang kawan yang baik...

Dulu, ada la jugak yang tidak begitu suka aku rapat dengan leen, mungkin apa yang dilihat ketika itu kurang manis, tapi dialah yang ada ketika aku susah dan senang... masa tu kami duduk sesama... So, apa-apa je kami kongsi bersama.... Gembira, sedih... kami akan mencari satu sama lain... dan saat dia keluar dari kolej pon aku memang terasa sangat-sangat kehilangan dia dan aku rasa macam tak nak dia abes belajar cepat-cepat....hampir 3 tahun bersama, berbagai yang kami dah tempuhi bersama... Dan, pertemuan pertama dengan IncikB pun dia yang temankan dan dia selalu bagi sokongan untuk aku terus bangkit... dan sehingga sekarang kami masih berhubung dan boleh dikatakan hampir setiap hari... Semoga perkenalan serta persahabatan ini hingga ke akhir hayat...

orang kedua yang aku paling rapat masa belajar ialah su... Ok, pakaian dia tak payah cakap la kan..memang dia free hair... sampaikan akan ada yang cakap, cubalah cari kawan yang senonoh ckit... tapi....dialah yang selalu ada time aku perlukan... most of problem yang aku hadapi, dia akan tau... if aku de problem dekat CCE, dia akan temankan aku pegi walaupun masa tu dia boleh je tidur kat rumah.. Ni, pagi-pagi dia dah bangun dan cakap..sha, jomg CCE, settlekan masalah tu.... Walaupun kadang-kandanng kata-kata dia agak menyakitkan hati terutamanya yang berkenaan MR A dulu, tapi sebenarnya kata-kata dia untuk aku bangkit dari kejatuhan, kelemahan serta kegagalan....Kadang-kadang, apa yang aku tak boleh berkongsi dengan orang lain, aku boleh berkongsi dengan dia... Dulu, kami selalu baring sama-sama tak kira di katil aku ataupun katil dia sambil bercerita, berkongsi segalanya dan memberi pendapat.... Yess, dia jugak sahabat aku sepanjang dikolej.. Semoga persahabatan kami juga berkekalan hingga ke akhir hayat kami

Ain jugak sama... mungkin tak ada orang kata apa-apa pasal dia sebab kami jarang berjumpa.... lebih banyak berbual di alam maya... tapi dia selalu bagi kata positive dikala aku memerlukan pendapat... dia sentiasa ada disaat aku perlukan.... Terima kasih... semoga persahabatan kita kekal selamanya...

Kadang-kadang, apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang akan kita lalui.... mungkin orang boleh melihat perangai serta luaran dia, tapi orang tak tahu apa-apa tentang dia sebelum mengenali mereka... Aku bersyukur sangat dapat kenal dan bersahabat dengan kawan-kawan aku... Andai kita sudah mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri 1 hari nanti, moga kita tetap bersahabat seperti sebelum ini....

Ok, sebenarnya rindu kat diorang ni... tak berpeluang nak jumpa... sampai melalut-lalut dah...ok la... dah 2.38a.m...dah lewat untuk tidur..... Jmpe lagi di next entri..


Thursday, January 24, 2013

KEHADIRAN YANG TAK DIDUGA

Assalammualaikum....

Hari nie aku kembali lagi untuk menambah lagi entri untuk bulan nie... hahaha... amboi, kalau time malas, 1 entri untuk sebulan pon malas kan.... Takpelah.. sementara mood masih ade nak menaip kan.... kalau dah malas nanti, memang macam tu ja la blog aku nanti.... huhu

Hari nie sesi meluahkan rasa tentang apa yang terlintas difikiran... Tapi kadangkala aku terfikir jugak tentang apa yang aku nak katakan ni... Apatah lagi bila duduk sorang-sorang kan... memang terfikir... 

Korang penah tak rasa bila seseorang yang hendak rapat dengan kita, tapi kita buat-buat tak menyedari kehadirannya... Mungkin sebab orang lain atau ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan kita tak nak kisah dan tak nak tau tentang kehadiran orang tersebut.... Tapi kadangkala dia ada ketika kita dalam kesusahan???

Bila orang dalam kesusahan, kalau boleh, kita naklah bantu apa yang termampu kan... Sebab, kalau kita dalam kesusahan, kita tak tahu apa nasib kita nanti... Apabila kita bantu orang, bukan balasan yang dipinta sebab kalau kita minta balasan, tu dah kira tak ikhlas kan??

Tapi kadangkala, orang yang kita langsung tak terfikir akan tolong kita, akan tolong kita... selalu berlaku macam tu kan... Dan sekarang, aku rasa itulah yang aku laluinya... Bukan sekali.. tapi beberapa kali....

Orang yang pernah aku hiraukan kehadirannya... orang yang pernah aku menafikan siapa dirinya.. tapi akhirnya dia lah yang menjadi pendengar setia, dia yang selalu ada dan dia yang selalu mengambil berat... Bukan mengambil kesempatan, tapi kehadirannya selalu tak dijangka... berkongsi susah senang bersama dan seorang yang tak pernah berkira... Kehadirannya juga dilayan baik oleh keluarga..

Dan kini aku kena akui kehadirannya sebab tak mampu lagi menafikan, orang yang selama ini sanggup bersusah, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi apa saja....  Sentiasa menanya tentang khabar, kesihatan dan juga pelajaran... Dan sekarang aku tak kekok lagi untuk berkongsi segala cerita dengannya kerana sekurang-kurangnya dia boleh bagi pendapat mahupun semangat...

Terima kasih sentiasa berada dibelakang kita, memberi semangat dan sentiasa ada ketika kita dalam kesusahan dan ketika kita gembira... Terima kasih kerana sentiasa ada walaupun ketika itu kita sedih mengenangkan orang yang kita sayang..

Kadangkala, sayang mana pon kita kat seseorang, kita tak mampu untuk menolak kehadiran orang lain yang menghulurkan tangan untuk bersahabat.... seseorang yang mungkin kita cuba untuk tidak menghiraukan kehadirannya, tapi andai kata ia ikhlas, kita akan rasa juga keikhlasan dirinya... Sahabat yang berlandaskan kejujuran, keikhlasan dan kesabaran yang tinggi....

terima kasih.... kamu sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.. =)

Monday, January 21, 2013

HAPPY BIRTHDAY

Assalammualaikum.... 

Hari ni 21 January, maka ianya adalah hari lahir bagi seseorang yang agak istimewa iaitu IncikB... Tahun nie tahun pertama untuk kami sambut sama2... seperti mana dia menyambut birthday aku sebelum nie, kalau boleh, nak juga sambut untuk IncikB, lebih-lebih lagi bila dia kata family dia jarang sambut birthday berbanding dengan family aku, so rasa macam teruja cikit... Tapi memandangkan bajet tak ada... Ditambah pulak dengan pelbagai masalah yang perlu diselesaikan.. dengan hal kolej semua kan...So, apa yang termampu saja yang dapat berikan pada awak ye IncikB..

Incik B,

HAPPY BIRTHDAY...

Semoga 

~ Mendapat umur yang bermanfaat
~ Rezeki yang halal
~ Mendapat kejayaan setanding dengan usaha
~ Segala yang diimpikan menjadi kenyataan
~ Diberkati ALLAH 
~ Berbahagia dan ceria selalu


Terima kasih IncikB kerana sentiasa mengingatkan saya tatkala saya terleka, Sentiasa bersama saya ketika saya gembira dan sedih, sentiasa menghulurkan tangan ketika saya terjatuh, Sentiasa memberi semangat serta dorongan agar saya tak berputus asa dan sentiasa memberi semangat sama ada berkaitan dengan kehidupan mahupun pelajaran. terima kasih....

Semoga dengan ulangtahun awak kali ni buat awak gembira dan saya akan cuba untuk sedaya upaya untuk menyambutkan seperti yang awak impikan....

Untuk ain, fred dan ima... terima kasih banyak-banyak kerana sanggup bersusah payah bersama-sama untuk membantu dalam sesetengah perkara... Terharu sangat2 ... Apa yang mereka buat?? InsyaAllah, akan di cerita dikemudian hari....

Ape-ape pon, HAPPY BIRTHDAY INCIK B.... SAYANG AWAK... huhu


Thursday, January 3, 2013

ANDAI ITU TAKDIRNYA...

Assalammualaikum....

Salam jumaat... hari nie rasa macam nak berkongsi sesuatu lak... hehehe... so, aku merajinkan diri untuk menaip.. Selama ni macam agak kemalas- malasan gitu kan... tapi kadang-kadang bila dah menaip tak ingat dunia.... Panjang berjela... orang pon penat nak baca... Macam ade plak yang nak baca kan.... huhu...

Tajuk kat atas macam tajuk novel lak kan... Sebab tak tau nak tulis tajuk ape, aku pon hentam je la,... tak pe lah.. dia berkaitan takdir kan.... Perkara yang aku redha ianya terjadi dengan kehendak takdir.... Ianya berkaitan dengan hati.. Seperti yang aku beritahu di entri lepas, aku akan cerita lebih lanjut berkaitan hal ini.... 

Suka dan duka... Setiap orang alami perkara yang sama kan... Tak ada perkara yang manis je dalam hidup... sedangkan lidah lagi tergigit..... Bak lagu lestari, cinta itu ketawa dan air mata..... So, mustahil kita akan berasa gembira, bahagia tanpa ada sikit perasaan yang menyentuh hati kan... tu lumrah dalam kehidupan.....

Perkenalan dengan Mr A yang tujuh tahun (tahun ni tahun ke 8), akhirnya musnah begitu sahaja... hanya kerana sesuatu yang agak remeh... tapi ianya telah menjadi besar... aku tak nak salahkan sapa-sapa sebab bagi aku ini salah kami... Dan aku tekad... Kalau itu takdirnya, aku terima dengan redha.... 

Siapa nak asyik makan hati berterusan, siapa yang suka rasa sedih berterusan, siapa yang nak kan.... aku plak memang jenis pendam jerk masa tu.. Dia buat salah pon pon aku diam jerk.. malas nak gaduh kononnye... tapi last-last bile meletop memang abis la... tapi masa tu still bole control.. Cuma memang dah tawar hati... Cbe untuk tekad dan akhirnya Alhamdulillah.. aku berjaya.... Memang la kadang kala teringat, tapi cekalkan hati.....

Memang betul kata orang, kita tak kan atau kurang menghargai orang yang berada didepan mata hingga orang tu pergi dari kita.... Dan mungkin masa tu baru dia tau apa yang aku berkorban selama ni, apa yang aku selalu buat...Tapi segalanya dah berakhir.... Maaf, aku tak boleh nak terima kau lagi, bukan kerana aku dah ada orang lain masa tu, tapi sebab aku tak sanggup lagi... ya, mungkin semua kesalahan yang ada berpunca daripada kita.... bukan aku... bukan kau.....

Dan Alahmdulillah, setelah puas menjelaskan dan berbulan untuk memahamkan dia, sekarang dia dah faham apa maksud aku dan dia faham apa yang aku nak.... dan akhirnya sekarang kami boleh menjadi kawan... dan itu yang aku nak, tanpa ada apa-apa perasaan seperti dulu.... Tapi tak tau lah dia boleh ke tak... baru-baru ni macam boleh je... tak seperti awal kami berpisah dulu.... langsung tak nak dengar ape yang aku nak cakap....

Dan akhirnya, mungkin takdir dah tertulis aku berkenalan dengan seseorang yang aku nak gelarkan incik b.... Dan incik b bukanlah perosak hubungan aku dengan Mr A dan incik b bukan penyebab aku tak nak kembali ada mr A.. perkenalan kami yang tak dijangka dan perkenalan kami terjadi selepas aku berpisah dengan mr A.... Mulanya memang berat hati untuk menerima salam perkenalan dengannya.. walaupun masa tu incik b hanya mahu berkawan... Tapi atas dorongan kawan-kawan aku yang jauh serta disekeliling aku masa tu, aku menerima salam perkenalan darinya...

Alhamdulillah sikapnya yang memahami dan tak mendesak serta ambil berat buat aku senang hati berkawan dengan dia dan sedikit demi sedikit aku mula menerima dia.... Segala kisah lalu aku cerita kat dia dan dia faham yang aku dalam proses untuk tidak mengingat kisah silam aku... So, dengan itu dia membantu aku....

Pertemuan pertama kami ditemani oleh zana and leen.. iaitu orang kuat yang paksa aku jumpa incik b masa tu... hahahhaa... Dan selepas-selepas tu, kitorang terus jadi ok dan dah beberapa orang jugak kawan aku yang dia jumpa dan dia selesa dengan kawan-kawan aku...  Dia pon ada bawak aku jumpa kawan-kawan dia.. so, dari situ aku dapat lihat yang dia boleh terima kawan-kawan aku...

Bukan saja kawan-kawan aku yang tahu hubungan kami tapi keluarga aku jugak... Alhamdulillah.. setakat ni tiada tentangan lagi... Mak da tau, akak aku dah tahu, anak-anak buah aku semua dah tahu sebab selalu 3g diorang... Dan akak aku dah pesan suruh datang rumah raya nanti... erkkkkkk....apakah? nanti la dulu kot... Bila semua dah tahu, tak payah la nak menyorok and nak menafikan kan... alhamdulillah.... =)

Ape pun, aku tak nak membezakan antara mr A dgn incik b... masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... Seorang kisah silam, seorang lagi masa kini dan berharap untuk kini dan akan datang jugak.. InsyaAllah..... Doakan yang terbaik untuk kami... Mungkin dia bukan yang pertama, tapi nak dia yang terakhir hingga akhir hayat... Aminn.....


Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar, namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar...Oleh itu, kita sering memandang ke belakang.. mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain...Walaupun berkemungkinan yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama....

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013

Assalammualaikum.... Selamat Tahun Baru buat semua pembaca blog..... Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk bernafas pada tahun ini... Niat dihati kononnya nak buat entri penutup blog untuk tahun 2012.. Tapi untuk memulakan menaip tu agak payah sikit kejadiannya... hahaha... Blog pon dah berhabuk-habuk dah dengan entri yang sama je... Agak lama juga tak berblogging... Last entri bulan Oktober tahun lepas.. Tak pe lah, walau macam mana pon aku still lagi akan menjengah blog ni... Walaupun hanya cuma melihat tanpa menaip entri baru...

Tahun 2012 telah pergi membawa banyak maksud... Banyak kisah dan banyak cerita yang tersendiri.... Kisah suka, kisah duka, kisah yang biasa-biasa aje,pertambahan ahli keluarga, perkenalan yang tak dijangka, memulakan sesuatu yang baru serta juga kehilangan.. Dan banyak lagi yang tak terlintas difikiran... Alhamdulillah, apa pun yang terjadi, aku tetap disini... mampu berdiri walaupun kadangkala perit, mampu melihat walaupun kadangkala agak payah untuk diterima dek akal, mampu tersenyum lagi walaupun kadangkala perkara itu agak menyakitkan hati... Point yang paling utama yang sentiasa berada diingatan ialah, belajar dari kesilapan dan dugaan akan mengajar kita erti kehidupan serta menjadikan kita seorang yang lebih matang... InsyaAllah...

 Banyak yang berubah pada tahun 2012.. kehidupan masih yang sama tetapi tipu la kalau nak kata tak ada yang berubah langsung kan.... hati juga boleh dikatakan sudah berubah.... eh??? kenapa?? mungkin juga faktor-faktor yang tertentu yang membuatkan ianya menjadi begitu... Mungkin ada hikmah kan... Nak senaraikan satu-satu memang tak ingat la kan... cuma dapat mengatakan secara keseluruhan dan apa yang aku ingat je la...

 Berkaitan family... family di muar ok saja macam biasa... makin rindu bila aku dah makin jarang balik ke kampung... ada juga pernah sebulan baru balik kampung...Kami telah menerima sorang lagi ahli keluarga baru pada pertengahan oktober lepas... iaitu Muhammad Adam Azizi... anak kepada abang aku iaitu abang ajak... Pada tiga hari lepas, satu lagi berita gembira iaitu anak buah aku selamat melahirkan anak mereka yang sulung... tapi nama masih belum diketahui... huhu... Aku sentiasa berdoa agar mak aku diberi kesihatan yang baik agar kami adik beradik dapat sama-sama membahagiakan serta membalas jasa mak... memang jasanya tak terbalas, tapi kalau boleh, nak lakukan sedaya upaya dan apa yang termampu...

 Tentang family kedua yang berada di Pasir gudang pulak, Alhamdulillah, perhubungan yang makin baik... Bila ada cerita yang kurang manis yang pernah terjadi suatu ketika dahulu tidak menjadi sebarang persoalan lagi, segalanya menjadi baik... Mak yang aku rindu seperti saat pertama kali menjejakkan kaki ke sana seakan dekat dengan aku,menerima aku seperti anaknya sendiri dan sentiasa mengingatkan aku untuk menjenguknya disana, family yang sentiasa ceria dan suasana yang seperti kelazimannya... 1 januari adalah brthday papa.. Selalunya aku tak pernah miss untuk memesan kepada sesiapa untuk mengucapkan selamat pada papa...tapi tahun ni sangat2 terlupa..tapi nasib baik ada yang mengingatkan dan terima kasih kerana aku sempat call orang-orang disanan untuk menyampaikan ucapan pada papa... Selamat Hari Lahir Papa... Sesungguhnya aku rindu mereka, gelak tawa mereka.. InsyaAllah, jika berkesempatan, memang ingin menjenguk mereka disana...

 Berkaitan pelajaran pulak, Alhamdulillah, seperti biasa.... Sejak kebelakangan ini menjadi seperti lebih semangat untuk belajar bila ketikanya ada yang menyokong dan sentiasa memberi semangat untuk melakukan sesuatu... Diharapkan agar dorongan serta semangat yang diberikan berterusan sampai bila-bila.... Dan yang utama bila aku dah tukar hostel.. banyak kenangan yang ada dalam rumah tu... segalanya terpaksa ditinggalkan...

 Berkaitan hati pulak... ada suka.. ada duka...perkara duka yang berlaku ialah perhubungan yang terbina sejak tujuh tahun dan akhirnya terkubur... bukan kerana aku, bukan kerana dia... tapi kerana kami... yes..saling tak menyalahkan adalah yang terbaik kerana masing-masing memang ada buat kesilapan...Apa yang penting, penat untuk sentiasa makan hati.. Dan akhirnya biarlah kami begini.. Membuat haluan masing-masing untuk mencari kebahagiaan yang diingini.... Mualanya mungkin agak sukarr tapi sekarang Alhamdulillah..semuanya bertambah baik dan kami pon mula berbaik dan menjadi kawan... tiada melibatkan apa-apa perasaan.. dan aku rasa itu lebih baik...

 Dan perkara gembiranya bila aku mula mencuba untuk memberikan hati kepada yang lain... Yes, bukan mudah dan ianya amat-amat sukar.. tapi Alhamdulillah dia mengerti... dan sama-sama mencuba mencari keserasian dan sama-sama berusaha untuk memperbaiki perhubungan... Awal-awal lagi aku berterus terang dan mengatakan bukan mudah nak melupakan tapi aku cuba.. dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku mampu untuk tak mengingati perkara lepas dan dia sentiasa menyokong dan memberi semangat seperti yang diinginkan.... Mudah-mudahan ianya bukan sementara waktu dan berterusan sampai bila-bila... nanti aku cerita lagi ya...

 Itulah kisah 2012 aku... macam-macam ragam dan rasa... mungkin banyak lagi tapi malas nak taip..hahaha... ok, permulaan 2013 aku macam biasa..tak de lah nak sambut kat mana-mana... dok kolej jerk.. akak aku ajak balik kampung pun aku tak balik sebab malas nak ulang alik.. Kebetulan aku dan housemate aku yang baru kebosanan dirumah, TV pulak rosak, maka kami bercadang untuk keluar... so, aku ajaklah penasihat aku yang tak jemu-jemu mendengar masalah aku iaitu ain....

Mulanya kami lepak di kedai makan kat depan kolej.... Memang sunyi la kawasan kolej masa tu... lepas da kol 12 lbh( kira da msuk thn baru masa tu), kitorang lepak kat gelanggang pulak.... memang ramai orang berkumpul kat situ... lepak sambil makan kuaci, biskut, minum air.. bercerita.... dan bila rasa agak kurang selesa, kami pindah ke bawah blok ain... bawah lampu.... so, disitu bermulalah perbincangan serta sesi luahan rasa antara kami-kami semua... apa yang tak puas hati, apa yang dipendamkan.... bukan tak puas hati pada kami yang berada disitu, tapi pada orang lain... dan akhirnya tak sedar jam dah pukul 3.30 pagi.... itulah kamli pertama kami lepak, itulah kali pertama kami balik lewat macam tu... tapi dalam kolej jugak kan....

 Ok lah, panjang lebar dah... Ape pon, SELAMAT TAHUN BARU... SEMOGA SEGALA AZAM DAN CITA-CITA AKAN TERTUNAI SEPERTI YANG DIHAJATKAN....

Saturday, October 27, 2012

BILA RINDU

BIla dah dapat mesej macam tu, mula la rasa rindu...walhal sebelum nie macam nak elak sebut pergi ke sana sebab xnak teringat sangat..tapi semalam, boleh teringat dan itu buktinya aku memang kene pergi kesana.. So sekarang memang betol- betol dalam dilema...owhh...tolonglah...

Sunday, October 14, 2012

SETELAH SEKIAN LAMA

Assalammualaikum.....

Fuhhh... Setelah lama blog ini diabaikan,(ishhh, bukan diabaikan, cume x update pape jerk) akhirnya aku kembali untuk mencoretkan sesuatu.... hihi.... Entry raya pon  tak habis lagi sebenarnya.... hahahaha.... Banyak yang nak dikongsi teruatamanya gambar-gambar... tapi tak sempat nak upload... Belum lagi masa birthday mak, masa jenjalan kat melaka dan sebagainya..... 

Masa birthday mak, ada satu tragedi yang tak berapa nak best yang melibatkan seseorang dan anak buah aku... Tak pasal-pasal aku kena explain panjang-panjang lebar kat dia.... takpe la.. benda da lepas kan....

Actually, memang banyak benda yang aku nak cerita dan aku nak bagitahu, tapi kekangan masa la plak... Assgmnt melambak2, ditambah plak dengan test yang berturut-turut... minggu nie ada seminar... pasal titanic.... miss soh tengok cerita tu sebelum aku wat seminar tu... aduyai, mane aku nak cari oi... nak download memang tak la kan.... internet sangat lembab... huh....

Ok, entri ni sebagai pemanas jerk... buat ada2 dalam blog jerk... hahaha... nanti aku sambung cerita aku yang tak berapa nak best ea.. hahaha.... tapi tak tau la bila... Sebab tengah busy gila... 

Ok bye..



***Falling in love