Monday, April 30, 2012

BARU

Assalammualaikum...

Kembali lagi setelah aku tinggalkan  blog yang bersawang-sawang ni.... Macam tak caya je kan aku dah tak post entry lebih dari sebulan.... Wow... adakah ini kerana aku akan terus meninggalkan dunia blogging??? owhh tidak.. Aku sayangkan blog aku... So, aku tak akan tinggalkannya... Inilah tempat aku meluahkan segalanya.. hehehe... Bukan takde ape yang hendak di ceritakan.. banyak.. Tapi oleh kerana kekangan waktu dan masa yang membuatkan aku tak berkesempatan untuk terus berceloteh disini.... nak blogwlking pon tak bape nak sempat... Nak komen-komen apatah lagi.. aishhh... so, FB je la..

April... Banyak juga kisah suka dan duka.... Mak cik aku meninggal awal bulan lepas kerana penyakit yang dihadapinya dan sehari selepas itu, berita gembira pula.... Aku dapat buah hati pengarang jantung yang baru.. happy sebab tak sangka aku akan memilikinya.... Ade sebab aku nak dy, bukan kerana orang lain.. dan yang buat aku cuak apabila buah hati aku yang sebelum nie ( still sampai sekarang) hampir- hampir merajuk dan buat hal.... Awak, saya sayang awak.... tak mo la majuk-majok.. tak mo la mati-mati lagi.. saya still guna awak jugak kan..... =)

Hahaha.. buah aty pengarang jantung aku tu bukan manusia ok... kang ada plak kata aku tamak kasih sayang + curang... aku masih SETIA ok... setia pada siapa tu tak taw la plak... hehehe... Sepanjang bulan april memang jadual padat... Ulang alik muar-kl-seremban.. tulah rutin aku... penat... memang penat... malah sangat penat.... Tapi demi masa depan aku terpaksa berkorban....memulakan sesuatu bukan mudah.. apatah lagi tak perpengalaman kan.... Apa pon, sejak-sejak ni aku banyak belajar sesuatu yang baru dan banyak membuat keputusan... sebelum-sebelum ni aku jenis tak kisah... aku lebih banyak cakap sukati, bole je... tapi kali nie, aku kene berfikir dan buat keputusan yang terbaik.. Alhamdulillah.. masih lagi dalam proses pembelajaran.. =)  Hope apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan jayanya...

Mr Aishiteru pulak.. tak tau nak cakap ape, semakin susah nak memahami dan sekarang alhamdulillah aku makin berani bersuara untuk menegakkan sesuatu yang patut aku lakukan.... Bukan kerana tak sayang, tapi kerana sayanglah aku terpaksa buat begitu... Sedikit demi sedikit cara dilakukan untuk menyedarkan dan membuka matanya untuk dy berfikir adakah benar apa yang dilakukan..." Kita tiada apa ikatan yang sah, so perlu ke saya meminta kebenaran awak untuk melepaskan saya dalam perhubungan kita?? Bukan suami isteri kan, so saya rasa tak perlu walau berkali-kali awak kata tidak ".. Demi masa depan dan demi kebaikan semua orang, aku terpaksa melakukan sesuatu yang menyakitkan dan mungkin menghancurkan hati aku sendiri... Andai kata kita ikhlas melepaskan sesuatu, InsyaAllah ALLAH akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi kan.... So sekarang aku cuba belajar untuk redha, dan aku cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.... Tiada manusia yang sempurna didunia nie.... Apa pon, kalau dah jodoh tak kemana... Berserah pada jodoh dan takdir...

Sekarang cuti sem, aku mengharungi hari-hari yang lalu dan akan datang dengan aktiviti yang aku minat.. Alhamdulillah.., pada mulanya agak rumit bila ada yang tak mahu memberi kerjasama dan tunjuk ajar... tapi sekarang alhamdulillah, aku bertemu dengan insan-insan yang berhati mulia dalam membantu serta memberi tunjuk ajar kepada kami yang masih baru ni.... Apa yang penting berkat kesabaran yang tinggi memang diperlukan... InsyaAllah, rezeki ada dimana-mana kan.. yang penting ikhlas..... Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan..... 

Ok la.. makin merapu-rapu kan.... Almaklum lah, blog aku nie memang tempat tok aku dok merapu... hehe... akhir sekali aku tinggalkan dengan kata-kata nie, renung-renungkan

" Bersyukur adalah cara terbaik untuk rasa cukup, bahkan ketika kekurangan. Jangan berharap lebih sebelum berusaha lebih"

" Perselisihan terjadi bukan kerana perbezaan, tapi kerana ada pihak yang tak mendengar dengan baik dan tak menghargai dengan sempurna"