Monday, March 21, 2011

BERKORBAN ITU INDAH

Assalammualaikum....

Hari nie k kongsi 1 citer nie.... Actually citer nie ak dpt dr seorg yg pernah rapat ngan ak satu masa dulu.. skrg nie, Wallahualam..... X taw nk ckp cm ner..... Semalam ak kuarkn buku ( yg telah dinodai oleh leen 2) sebab nk bce citer nie jerk... tp x sangke lak terajin nk menaip kn... so, ak taip la balik citer nie...... Cerita yg byk pengajaran.... Yg nie je ak dpt berkngsi ape yg ade dlm buku 2, yg laen 2 x boleh kowt........ meh kite bce yerk kisah nie serta moral dy..... Tok owg yg bg 2, sy mntk izin share yerk...... =)


BERKORBAN ITU INDAH

Telah dua bulan musim hujan berlau sehingga dimana-mana pepohon nampak menghijau. kelihatan seekor ulat diantara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

" Apa khabar daun hijau, " katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.

" Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa? " tanya daun hijau.

" Aku hampir tidak mendapatkan dedaun untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat? " kata ulat kecil. 

" Tentu.... Tentu... dekatlah kemari. " Daun hijau berfikir, " Jika aku memberikan sedikit daripada tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang- lubang. Tapi tak apalah. "

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas didalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang disana sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.


MORAL :-

* Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika  sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong, Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

* Merelakan kesenanga dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

* Bagi "daun hijau", bekorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari akan kering dan jatuh.

* Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kehidupan kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan- perbuatan baik, kasih, pengorbanan , pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

* Jadikanlah pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan bersama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

* Yang mana kita sering lakukan? Menjadi kebaikan ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi??

No comments: