Thursday, January 12, 2012

APA SALAH PEREMPUAN KAMPUNG?

Assalammualaikum...

Apa bezanya perempuan kampung dengan perempuan lain yang sampai ada orang tak suka sangat dengan perempuan kampung?? Salah ke jadi perempuan kampung??? Kenapa taksub sangat dengan tempat kau yang kau rasa bandar sangat tu hah??

Sory la kalau aku teremosi hari ni... tapi tak tahu la, aku memang bengang gila kalau perempuan yang asalnya dari kampung, tapi benci pada perempuan kampung... Mungkin dia dah lupa asal usul dia dari mana kot.... Hello... kau tu dari kampung jugak..... Actually, benda ni tak ada kene mengena dengan aku pun, tapi kalau ada orang nak cakap aku perempuan kampung pun aku tak kisah, ok ape kalau orang cakap kita perempuan kampung daripada panggil kita perempuan kelab..kan..kan..kan...

Kenapa mesti nak rendahkan martabat perempuan kampung?? Ape bezanya perempuan kampung dan perempuan bandar?? tempat je kot.... tapi sama jugak perempuan kan... mungkin perempuan kampung tak didedahkan dengan pelbagai ragam manusia dan kehidupan seperti dibandar tapi tak semestinya mereka seperti katak di bawah tempurung....

Ok, sekarang ni, semua kemudahan dihujung jari... Contohnya internet.. tak semestinya orang bandar je pandai guna internet, orang kampung pun dah pandai juga... mungkin ada jugak yang berfikiran perempuan kampung selalunya kolot.. pakai pon macam ni




tapi ok ape.... duduk kat rumah kan.... kalau nak ikutkan sekarang ni, ramai yang tak tahu nak pakai kain batik macam mana.... Bagi aku, lagi bagus pakai macam kat atas nie, daripada pakai pakaian yang terdedah sana, terdedah sini.. yang seksi bukan main.... Subhanallah.....

Mungkin perempuan kampung kolot sebab tak tahu bersosial macam sesetengah orang....Di kampung tak ada kemudahan macam kat bandar, tapi sekurang kurangnya mereka tak terdedah dengan gejala negatif kan... Ok la, aku tak cakap pon sume perempuan kampung tu baik, n perempuan bandar tu jahat.. baik atau jahat tu terletak pada diri sendiri dan nawaitu kita.... tapi, aku cuma nak tekankan perempuan kampung tak salah dan tak semua perempuan kampung tu kolot....

Aku pun bukan lah 100% dari kampung sebab rumah aku pun tak macam kampung, tepi jalan besar... cuma aku nak katakan sikit pada seseorang tu, tak payahlah nak agungkan sangat tempat kau yang kononnya macam bandar besar la sangat.. Padahal negeri kau tu lebih kecik dari Daerah Muar... huhuhu... Kampung ke, bandar ke.. same je.. dengan adanya teknologi sekarang nie, tak payah la nak membezakan sangat.. tak baik bongkak dan sombong diri.....



1 comment:

Anonymous said...

Hi, really like the appearance of ones website. Can you mind saying what theme youre making use of? I’m not used to this and i am hoping to have mine looking anywhere close to cool as yours. Many thanks.
Welcome to my blogger [url=http://registeredinvestmentadvisor.blogspot.com]registered advisor[/url].