Thursday, December 10, 2009

KEMATIAN

Assakammualaikum… Hye sume… Alhamdulillah hari nie aku masih diberi kesempatan untuk menulis di blog nie... baru nie, byk sgt berita sedih yang ak dpt.. berita yang ak sendiri x jangkakannya... Mmg terkejut sgt..... Tapi, apakan daya...kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.... Aku nak berkongsi tentang sedikit pengetahuan yang ak dapat… Secara kebetulan je aku dapat maklumat nie… Sedang2 aku membaca dan melayari internet, tetibe aku terbaca tentang KEMATIAN….. Secare x langsung perkara nie mmg sume org perlu tau kan n sume orang akan alami… Sebagai manusia di bumi ALLAH nie, kite harus sentiasa ingat tentang kematian… Kita sndiri x tau bile masanya nyawa kita akan diambil… Oleh itu, kite kenelah sentiasa beringt tntang kematian… mari kita baca bersama2 ye….. MENGAPA TAKUT MATI? Menurut Mushtafa Al-Kik, kematian yang dialami oleh manusia adalah kematian secara mengejut seperti serangan jantung, kemalangan dan sebagainya. Terdapat juga yang mati secara normal iaitu mati secara perlahan-lahan. Kedua-dua ini dinamakan sakaratul maut yang bermaksud hilangnya kesedaran dan terpisahnya roh dan jasad. Mati secara mengejut hanya terjadi dalam waktu yang singkat, sesiapa yang mengalaminya akan merasa sakit kerana kematian yang dihadapi pada masa itu diibaratkan oleh rasullullah saw seperti ’duri yang berada dalam kapas dan yang dicabut dengan keras’ Mati secara perlahan-lahan pula dinyatakan ’dicabut dengan lemah lembut sama keadaannya dengan proses yang dialami seseorang pada saat mengantuk sampai tidur. Dalam hadis juga ada mengatakan bahawa mati sama seperti tidur. Tanda-tanda kematian → 100 hari sebelum kematian Tanda pertama dari Allah s.w.t kepada umatnya, dan hanya disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Namun begitu, semua umat islam akan mendapat tanda ini samada mereka sedar atau sebaliknya. Tanda ini berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan menggigil. Bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa ini adalah tanda kematian maka rasa menggigil ini akan hilang setelah kita tahu akan kehadiran tanda ini. Mereka yang leka dengan duniawi tanpa memikirkan soal kematian maka tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Mereka yang sedar tanda ini adalah peluang yang baik untuk menggunakan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa sesudah mati kelak. → 40 hari sebelum kematian Tanda ini berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut. Pada masa ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletakkan diatas Arash Allah swt. Selepas itu malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita seperti ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Malaikat maut akan memperlihat wajah mereka sekilas lalu. Apabila situasi ini berlaku, buat seketika mereka yang terpilih akan merasa seakan-akan bingung Malaikat maut hanya ada satu iaitu malaikat izrail tetapi kuasanya untuk mencabut adalah sama dengan jumlah nyawa yang akan diambil. → 7 hari sebelum kematian Tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah atau kesakitan dimana secara tiba-tiba orang yang sakit tidak mempunyai selera makan. → 3 hari sebelum kematian Pada masa ini kita akan merasa denyutan dibahagian dahi iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat kita kesan maka kita perlu berpuasa agar perut kita tidak mengadungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang untuk memandikan kita nanti. Pada masa kini juga mat hitam kita tiak akan bersinar lagi. Bagi orang yang menghidapi sakit dihidung , ia akan jatuh perlahan-lahan dan ini dapat dikesan jika melihat dari bahagian sisi. Telinga kita akan layu dimana bahagian hujung telinga akan beransur masuk kedalam. Telapak kaki yang terlunjur akan jatuh perlahan-lahan kedepan dan sukar ditegakkan. → 1 hari sebelum kematian Berlaku selepas waktu Asar dimana kita akan merasa satu denyutan disebelah belakang iaitu dibahagian kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempatan lagi untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya. → Tanda akhir Berlaku dimana kita akan merasa satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang, seterusnya naik ke bahagian halkum. Pada waktu ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan mendiamkan diri dan menanti kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepadaNya.

No comments: