Friday, April 12, 2013

PERKEMBANGAN DAN PERSAHABATAN

Assalammualaikum....

Rasanya dah lama sangat tak menaip pepanjang... sampaikan nak update blog pon malas... Bulan lepas, kononnye nk update pasal birthday seseorang... Tapi akhirnya entri tu terbiar kat draft.... Sebab sibuk waktu tu dan hanya sempat taip by phone... Ingatkan keesokkannya nak sambung, akhirnya terlupa....Tak pe lah... nak post pon, macam da lambat sangat sebab nak ikotkan hari ni dah betul- betul genap sebulan...hehehe

Hari ni tetiba terpanggil untuk update blog yang semakin bersawang ni... Saja nak berceloteh kan.. hahahaha.... Awal bulan lepas, berkesempatan untuk balik JB sekejap... Menjengah mak yang dah lama tak jengah... Alhamdulillah, terlepas jugak hajat walaupun kejap je... Walaupun berat nak meninggalkan mereka dan tak puas tok bersama-sama, tapi terpaksa... InsyaAllah, panjang umur, murah rezeki akan kesana lagi... =)

Sejak-sejak ni, aku macam lebih rapat dengan bella si mak buyung... kerap jugak jumpa sampaikan family dia kat lui pun dah rapat dengan aku... Alhamdulillah diterima baik seperti keluarga sendiri.... dan sempena birthday (actually birthday dia sama dengan birthday akak) dia bulan lepas, sempat jugak sambut sama-sama dan berikan sedikit kejutan kat dia... mulanya suami dia pun tak tahu, tapi pakat sama-sama last-last minit.... =)

Penghujung bulan lepas, pada 29hb march, genap 3 tahun arwah ayah kembali ke Rahmatullah... So, kami adik beradik berkumpul ramai-ramai dan buat kenduri untuk arwah ayah... kak atie yang dari kelantan pun balik jugak...Walaupun rasa seperti ade kekurangan orang, tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.... dan keesokannye macam biasa... jalan-jalan cari makan sambil membawa orang jauh yang selalu mengidam macam-macam bila dah sampai muar...huhu...Tetiba terasa rindu pada mak kat kampung, rasanya baru 2 minggu tak balik....moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.... aminnn...

Perkembangan tentang IncikB pulak, Alhamdulillah seperti biasa... walaupun kadang-kadang ada sesuatu perselisihan terjadi, tapi macam biasa, perkara tu tak lama... Semoga sentiasa berkekalan seperti itu... Family incikB pon dah tau pasal kami dan mak dia memberi sesuatu idea yang aku langsung tak terfikir.... Ok... tak boleh nak kongsikan sekarang sebab ianya perkara yang agak berat... tetapi mungkin kitorang tak dapat nak ikut seperti cadangan mak dia tu dalam masa terdekat ni..huhu..Sebab ianya terlalu awal...

Ok, actually nak kongsi cikit tentang persahabatan... Aku rindukan kawan-kawan aku yang dulu sentiasa ada bersama-sama aku.... pergi kelas sama-sama, duduk rumah sama-sama... merayap pun sama-sama....berkongsi cerita pon sama-sama.... Ok, ape yang aku nak tekankan kat sini, luaran seseorang itu bukan menunjukkan itu tu tak boleh menjadi seorang kawan yang baik...

Dulu, ada la jugak yang tidak begitu suka aku rapat dengan leen, mungkin apa yang dilihat ketika itu kurang manis, tapi dialah yang ada ketika aku susah dan senang... masa tu kami duduk sesama... So, apa-apa je kami kongsi bersama.... Gembira, sedih... kami akan mencari satu sama lain... dan saat dia keluar dari kolej pon aku memang terasa sangat-sangat kehilangan dia dan aku rasa macam tak nak dia abes belajar cepat-cepat....hampir 3 tahun bersama, berbagai yang kami dah tempuhi bersama... Dan, pertemuan pertama dengan IncikB pun dia yang temankan dan dia selalu bagi sokongan untuk aku terus bangkit... dan sehingga sekarang kami masih berhubung dan boleh dikatakan hampir setiap hari... Semoga perkenalan serta persahabatan ini hingga ke akhir hayat...

orang kedua yang aku paling rapat masa belajar ialah su... Ok, pakaian dia tak payah cakap la kan..memang dia free hair... sampaikan akan ada yang cakap, cubalah cari kawan yang senonoh ckit... tapi....dialah yang selalu ada time aku perlukan... most of problem yang aku hadapi, dia akan tau... if aku de problem dekat CCE, dia akan temankan aku pegi walaupun masa tu dia boleh je tidur kat rumah.. Ni, pagi-pagi dia dah bangun dan cakap..sha, jomg CCE, settlekan masalah tu.... Walaupun kadang-kandanng kata-kata dia agak menyakitkan hati terutamanya yang berkenaan MR A dulu, tapi sebenarnya kata-kata dia untuk aku bangkit dari kejatuhan, kelemahan serta kegagalan....Kadang-kadang, apa yang aku tak boleh berkongsi dengan orang lain, aku boleh berkongsi dengan dia... Dulu, kami selalu baring sama-sama tak kira di katil aku ataupun katil dia sambil bercerita, berkongsi segalanya dan memberi pendapat.... Yess, dia jugak sahabat aku sepanjang dikolej.. Semoga persahabatan kami juga berkekalan hingga ke akhir hayat kami

Ain jugak sama... mungkin tak ada orang kata apa-apa pasal dia sebab kami jarang berjumpa.... lebih banyak berbual di alam maya... tapi dia selalu bagi kata positive dikala aku memerlukan pendapat... dia sentiasa ada disaat aku perlukan.... Terima kasih... semoga persahabatan kita kekal selamanya...

Kadang-kadang, apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang akan kita lalui.... mungkin orang boleh melihat perangai serta luaran dia, tapi orang tak tahu apa-apa tentang dia sebelum mengenali mereka... Aku bersyukur sangat dapat kenal dan bersahabat dengan kawan-kawan aku... Andai kita sudah mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri 1 hari nanti, moga kita tetap bersahabat seperti sebelum ini....

Ok, sebenarnya rindu kat diorang ni... tak berpeluang nak jumpa... sampai melalut-lalut dah...ok la... dah 2.38a.m...dah lewat untuk tidur..... Jmpe lagi di next entri..


No comments: