Thursday, January 24, 2013

KEHADIRAN YANG TAK DIDUGA

Assalammualaikum....

Hari nie aku kembali lagi untuk menambah lagi entri untuk bulan nie... hahaha... amboi, kalau time malas, 1 entri untuk sebulan pon malas kan.... Takpelah.. sementara mood masih ade nak menaip kan.... kalau dah malas nanti, memang macam tu ja la blog aku nanti.... huhu

Hari nie sesi meluahkan rasa tentang apa yang terlintas difikiran... Tapi kadangkala aku terfikir jugak tentang apa yang aku nak katakan ni... Apatah lagi bila duduk sorang-sorang kan... memang terfikir... 

Korang penah tak rasa bila seseorang yang hendak rapat dengan kita, tapi kita buat-buat tak menyedari kehadirannya... Mungkin sebab orang lain atau ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan kita tak nak kisah dan tak nak tau tentang kehadiran orang tersebut.... Tapi kadangkala dia ada ketika kita dalam kesusahan???

Bila orang dalam kesusahan, kalau boleh, kita naklah bantu apa yang termampu kan... Sebab, kalau kita dalam kesusahan, kita tak tahu apa nasib kita nanti... Apabila kita bantu orang, bukan balasan yang dipinta sebab kalau kita minta balasan, tu dah kira tak ikhlas kan??

Tapi kadangkala, orang yang kita langsung tak terfikir akan tolong kita, akan tolong kita... selalu berlaku macam tu kan... Dan sekarang, aku rasa itulah yang aku laluinya... Bukan sekali.. tapi beberapa kali....

Orang yang pernah aku hiraukan kehadirannya... orang yang pernah aku menafikan siapa dirinya.. tapi akhirnya dia lah yang menjadi pendengar setia, dia yang selalu ada dan dia yang selalu mengambil berat... Bukan mengambil kesempatan, tapi kehadirannya selalu tak dijangka... berkongsi susah senang bersama dan seorang yang tak pernah berkira... Kehadirannya juga dilayan baik oleh keluarga..

Dan kini aku kena akui kehadirannya sebab tak mampu lagi menafikan, orang yang selama ini sanggup bersusah, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi apa saja....  Sentiasa menanya tentang khabar, kesihatan dan juga pelajaran... Dan sekarang aku tak kekok lagi untuk berkongsi segala cerita dengannya kerana sekurang-kurangnya dia boleh bagi pendapat mahupun semangat...

Terima kasih sentiasa berada dibelakang kita, memberi semangat dan sentiasa ada ketika kita dalam kesusahan dan ketika kita gembira... Terima kasih kerana sentiasa ada walaupun ketika itu kita sedih mengenangkan orang yang kita sayang..

Kadangkala, sayang mana pon kita kat seseorang, kita tak mampu untuk menolak kehadiran orang lain yang menghulurkan tangan untuk bersahabat.... seseorang yang mungkin kita cuba untuk tidak menghiraukan kehadirannya, tapi andai kata ia ikhlas, kita akan rasa juga keikhlasan dirinya... Sahabat yang berlandaskan kejujuran, keikhlasan dan kesabaran yang tinggi....

terima kasih.... kamu sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami.. =)

No comments: