Sunday, May 19, 2013

KEJUJURAN, KEIKHLASAN DAN KESETIAAN

Assalammualaikum....

Setelah mengambil waktu yang lama untuk mengupdate blok aku sejak-sejak nie, hari ni aku kembali untuk menyapu segala sawang dan habuk yang ada... hahaha... Actually tak tau nak bercerita apa kerana sekarang ni apa yang terjadi aku banyak meroyan di twitter... hahaha... bukan sebab nak melupakan jasa blok Cerita Miss Sha  nie... Aku tau dulu aku banyak meroyan dan meluahkan dalam blok ini, tapi di twitter aku boleh update bila-bila masa dan juga tak perlu nak merangka ayat seperti karangan yang panjang-panjang seperti disini...

Sudah semestinya lah twitter aku private dan hanya orang yang dikenali di accept dan ade juga orang yang dikenali aku tak accept sebab malu nak bagi dia tengok aku meroyan dalam tu... memang semua yang terjadi banyak aku post kat sana... Seperti pentingnya twitter aku sekarang, penting juga blok aku yang ini sebab bagaimana aku memulakannya dulu, aku masih ingat lagi dan oleh itu aku tak akan mengakhirkannya... Sebabnya bila dah usia semakin meningkat, kita boleh mengimbau kembali apa yang kita taip disini kan... dan masa tu kita pasti akan gelak sendiri... dan cakap "kenapa la aku macam nie dulu..huhu"..

Tajuk tu aku tak tau nak tulis apa sebab aku bukan pandai bab nak bagi tajuk segala ni kan... ok... Alhamdulillah hidup aku sekarang ni ok... Masih disini dan hati juga masih tetap dan utuh untuk mereka yang aku sayang... Aku nak tekankan disini ialah tak semestinya kita tak berhubung dengan orang tu kita tak ingat langsung pada dia... banyak faktor yang membuatkan keadaan jadi sebegitu... Salah satu faktornya ialah tak nak mengganggu walaupun hati meronta untuk menghubungi...

Hah, cakap pasal mengganggu, Sejak-sejak ni ada la seorang makhluk asing yang datang dari planet mana yang aku rasa tak faham bahasa yang kita guna seharian mengganggu aku... Aku tak tau apa masalah dia.. dah berbulan jugak la dia mendiamkan diri dan itu yang aku nak sebenarnya... Ya, kami pernah mempunyai cerita manis satu ketika dahulu tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami terpaksa untuk membuat haluan masing-masing... tapi, disaat hati telah diberikan kepada yang lain, disaat aku sedang berbahagia bersama yang baru, dia muncul lagi dengan alasan dia mahukan kembali hubungan kami seperti dulu...

Dia kata dia rindukan aku, dia kata dia rindukan masakan aku, dia kata dia rindukan kek aku... Tapi apa yang aku nak kata kat dia aku mahukan dia jauh dari aku... Mr A, aku dah bagi kau peluang banyak kali dah suatu ketika dahulu dan kau tak pernah menghargainya dan sekarang jangan pernah mengharap pada sesuatu yang belum pasti... kini kita punyai haluan masing-masing..kita ada life masing-masing bersama pasangan masing-masing.. Jangan pernah katakan sayang kalau kau tak tau apa itu sayang dan jangan pernah katakan rindu kalau tak bermaksud untuk mengungkapnya...

Dan jangan ajar aku untuk curang bila aku katakan aku tak nak jumpa kau sebab aku tak nak kecilkan hati IncikB aku...dan sewenangnya kau katakan "jangan jadi budak kecik dan janganlah bagitau dia".. Sejujurnya apa yang aku alami sekarang tak sama dengan apa yang aku alami dulu.. Hubungan sekarang aku mahukan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan... harap kau faham situasi aku sekarang dan pergi dari hidup aku dan jangan ganggu aku lagi...

Baru-baru ni aku tak berapa nak ada mood sangat.. tak tahu sebab apa..mungkin keletihan atau mungkin banyak berfikir.... Kesian IncikB aku sebab dia yang banyak melayang kerenah aku...Macam mana aku tak sayang dia, bila aku marah dia akan cool, bila aku geram dan badmood, dia akan bersabar dan tenangkan aku bila aku kesusahan, dia akan dapat hidu walaupun aku sorokkan... tapi bila aku merajuk.... jangan harap dia nak pujuk... silap-silap dia yang merajuk balik... hampeh....

Dua tiga hari ni memang dia kata aku lain macam dan nampak ketaranya ialah semalam... aku macam biasa la.. kalau aku marah or geram aku akan senyap je,,, tak pon aku akan mesej macam ni "nanti kita mesej eh..".. so maknanya aku takde mood... Alhamdulillah dia faham dan tak memaksa orangnya dan dia bukan seorang yang mengongkong... tapi..tengah malam pulak si makhluk asing tu mengacau aku..aku rasa dia memang tadah diri tok bagi aku marah kat dia kot..sebab tu dia muncul malam tu... hahaha...pas gaduh ngan dia baru aku rasa ok...dan pagi tadi bangun tido rasa cam ok...sebab semua dah keluar..dan bangun tido je dapat call dari IncikB dan suke!

Dan mungkin disebabkan sejak beberapa hari ni kami pon macam so so je, tetiba hari ni dia kata nak datang sini..secara mengejut...Ok, dia bukan seorang yang romantik, bukan jugak seorang yang pandai memujuk, tapi ada benda yang dia buat kita akan rasa terharu... ye..dalam tak sedar, kadang kala dia banyak berkorban... tapi, biasanya bila kami berselisih faham, mula rasa hambar, dia akan bersusah payah datang sini untuk jumpa... Terima kasih IncikB... kite sayang awak!!

Dan tadi dia ada bawak barang sikit.. ok, aku tak penah mintak dia apa-apa.. apatah lagi topap... jauh sekali duit.... sebab aku tak nak terhutang budi..sapa yang kenal aku tau perangai aku macam mana... tapi tadi IncikB bawak barang sikit sebab dia suka kalau kitorang jumpa, aku masakkan apa-apa untuk dia... dan tadi aku masakkan.


Actually benda alah ni aku yang nak makan...sebab aku teringin nak makan rendang..dah lama tak makan.... Dah alang-alang aku bagi dia makan sekali.... dia tak cerewet tentang makanan sebab semua dia makan.. tapi bila ada yang kurang pada tekak dia.. dia akan cakap... Setakat ni Alhamdulillah... menepati citarasa dia dan if ada apa-apa dia akan tegur... 

Disebabkan dia suka makan dan aku sukan masak, bila aku tak nak makan dia akan paksa, so kami pon jadi semakin BERKEMBANG, KEMBANG DAN KEMBANG.... huh... jangan tak muat baju raya nanti dah la...

Ok la... dah lama tak update, sekali update membebel panjang-panjang... hahahaha.... nanti kalau aku rasa gajin nak update n membebel, aku muncul lagi ehhh.....  Assalammualaikum...

No comments: