Thursday, January 3, 2013

ANDAI ITU TAKDIRNYA...

Assalammualaikum....

Salam jumaat... hari nie rasa macam nak berkongsi sesuatu lak... hehehe... so, aku merajinkan diri untuk menaip.. Selama ni macam agak kemalas- malasan gitu kan... tapi kadang-kadang bila dah menaip tak ingat dunia.... Panjang berjela... orang pon penat nak baca... Macam ade plak yang nak baca kan.... huhu...

Tajuk kat atas macam tajuk novel lak kan... Sebab tak tau nak tulis tajuk ape, aku pon hentam je la,... tak pe lah.. dia berkaitan takdir kan.... Perkara yang aku redha ianya terjadi dengan kehendak takdir.... Ianya berkaitan dengan hati.. Seperti yang aku beritahu di entri lepas, aku akan cerita lebih lanjut berkaitan hal ini.... 

Suka dan duka... Setiap orang alami perkara yang sama kan... Tak ada perkara yang manis je dalam hidup... sedangkan lidah lagi tergigit..... Bak lagu lestari, cinta itu ketawa dan air mata..... So, mustahil kita akan berasa gembira, bahagia tanpa ada sikit perasaan yang menyentuh hati kan... tu lumrah dalam kehidupan.....

Perkenalan dengan Mr A yang tujuh tahun (tahun ni tahun ke 8), akhirnya musnah begitu sahaja... hanya kerana sesuatu yang agak remeh... tapi ianya telah menjadi besar... aku tak nak salahkan sapa-sapa sebab bagi aku ini salah kami... Dan aku tekad... Kalau itu takdirnya, aku terima dengan redha.... 

Siapa nak asyik makan hati berterusan, siapa yang suka rasa sedih berterusan, siapa yang nak kan.... aku plak memang jenis pendam jerk masa tu.. Dia buat salah pon pon aku diam jerk.. malas nak gaduh kononnye... tapi last-last bile meletop memang abis la... tapi masa tu still bole control.. Cuma memang dah tawar hati... Cbe untuk tekad dan akhirnya Alhamdulillah.. aku berjaya.... Memang la kadang kala teringat, tapi cekalkan hati.....

Memang betul kata orang, kita tak kan atau kurang menghargai orang yang berada didepan mata hingga orang tu pergi dari kita.... Dan mungkin masa tu baru dia tau apa yang aku berkorban selama ni, apa yang aku selalu buat...Tapi segalanya dah berakhir.... Maaf, aku tak boleh nak terima kau lagi, bukan kerana aku dah ada orang lain masa tu, tapi sebab aku tak sanggup lagi... ya, mungkin semua kesalahan yang ada berpunca daripada kita.... bukan aku... bukan kau.....

Dan Alahmdulillah, setelah puas menjelaskan dan berbulan untuk memahamkan dia, sekarang dia dah faham apa maksud aku dan dia faham apa yang aku nak.... dan akhirnya sekarang kami boleh menjadi kawan... dan itu yang aku nak, tanpa ada apa-apa perasaan seperti dulu.... Tapi tak tau lah dia boleh ke tak... baru-baru ni macam boleh je... tak seperti awal kami berpisah dulu.... langsung tak nak dengar ape yang aku nak cakap....

Dan akhirnya, mungkin takdir dah tertulis aku berkenalan dengan seseorang yang aku nak gelarkan incik b.... Dan incik b bukanlah perosak hubungan aku dengan Mr A dan incik b bukan penyebab aku tak nak kembali ada mr A.. perkenalan kami yang tak dijangka dan perkenalan kami terjadi selepas aku berpisah dengan mr A.... Mulanya memang berat hati untuk menerima salam perkenalan dengannya.. walaupun masa tu incik b hanya mahu berkawan... Tapi atas dorongan kawan-kawan aku yang jauh serta disekeliling aku masa tu, aku menerima salam perkenalan darinya...

Alhamdulillah sikapnya yang memahami dan tak mendesak serta ambil berat buat aku senang hati berkawan dengan dia dan sedikit demi sedikit aku mula menerima dia.... Segala kisah lalu aku cerita kat dia dan dia faham yang aku dalam proses untuk tidak mengingat kisah silam aku... So, dengan itu dia membantu aku....

Pertemuan pertama kami ditemani oleh zana and leen.. iaitu orang kuat yang paksa aku jumpa incik b masa tu... hahahhaa... Dan selepas-selepas tu, kitorang terus jadi ok dan dah beberapa orang jugak kawan aku yang dia jumpa dan dia selesa dengan kawan-kawan aku...  Dia pon ada bawak aku jumpa kawan-kawan dia.. so, dari situ aku dapat lihat yang dia boleh terima kawan-kawan aku...

Bukan saja kawan-kawan aku yang tahu hubungan kami tapi keluarga aku jugak... Alhamdulillah.. setakat ni tiada tentangan lagi... Mak da tau, akak aku dah tahu, anak-anak buah aku semua dah tahu sebab selalu 3g diorang... Dan akak aku dah pesan suruh datang rumah raya nanti... erkkkkkk....apakah? nanti la dulu kot... Bila semua dah tahu, tak payah la nak menyorok and nak menafikan kan... alhamdulillah.... =)

Ape pun, aku tak nak membezakan antara mr A dgn incik b... masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.... Seorang kisah silam, seorang lagi masa kini dan berharap untuk kini dan akan datang jugak.. InsyaAllah..... Doakan yang terbaik untuk kami... Mungkin dia bukan yang pertama, tapi nak dia yang terakhir hingga akhir hayat... Aminn.....


Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar, namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar...Oleh itu, kita sering memandang ke belakang.. mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain...Walaupun berkemungkinan yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama....

No comments: