Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013

Assalammualaikum.... Selamat Tahun Baru buat semua pembaca blog..... Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk bernafas pada tahun ini... Niat dihati kononnya nak buat entri penutup blog untuk tahun 2012.. Tapi untuk memulakan menaip tu agak payah sikit kejadiannya... hahaha... Blog pon dah berhabuk-habuk dah dengan entri yang sama je... Agak lama juga tak berblogging... Last entri bulan Oktober tahun lepas.. Tak pe lah, walau macam mana pon aku still lagi akan menjengah blog ni... Walaupun hanya cuma melihat tanpa menaip entri baru...

Tahun 2012 telah pergi membawa banyak maksud... Banyak kisah dan banyak cerita yang tersendiri.... Kisah suka, kisah duka, kisah yang biasa-biasa aje,pertambahan ahli keluarga, perkenalan yang tak dijangka, memulakan sesuatu yang baru serta juga kehilangan.. Dan banyak lagi yang tak terlintas difikiran... Alhamdulillah, apa pun yang terjadi, aku tetap disini... mampu berdiri walaupun kadangkala perit, mampu melihat walaupun kadangkala agak payah untuk diterima dek akal, mampu tersenyum lagi walaupun kadangkala perkara itu agak menyakitkan hati... Point yang paling utama yang sentiasa berada diingatan ialah, belajar dari kesilapan dan dugaan akan mengajar kita erti kehidupan serta menjadikan kita seorang yang lebih matang... InsyaAllah...

 Banyak yang berubah pada tahun 2012.. kehidupan masih yang sama tetapi tipu la kalau nak kata tak ada yang berubah langsung kan.... hati juga boleh dikatakan sudah berubah.... eh??? kenapa?? mungkin juga faktor-faktor yang tertentu yang membuatkan ianya menjadi begitu... Mungkin ada hikmah kan... Nak senaraikan satu-satu memang tak ingat la kan... cuma dapat mengatakan secara keseluruhan dan apa yang aku ingat je la...

 Berkaitan family... family di muar ok saja macam biasa... makin rindu bila aku dah makin jarang balik ke kampung... ada juga pernah sebulan baru balik kampung...Kami telah menerima sorang lagi ahli keluarga baru pada pertengahan oktober lepas... iaitu Muhammad Adam Azizi... anak kepada abang aku iaitu abang ajak... Pada tiga hari lepas, satu lagi berita gembira iaitu anak buah aku selamat melahirkan anak mereka yang sulung... tapi nama masih belum diketahui... huhu... Aku sentiasa berdoa agar mak aku diberi kesihatan yang baik agar kami adik beradik dapat sama-sama membahagiakan serta membalas jasa mak... memang jasanya tak terbalas, tapi kalau boleh, nak lakukan sedaya upaya dan apa yang termampu...

 Tentang family kedua yang berada di Pasir gudang pulak, Alhamdulillah, perhubungan yang makin baik... Bila ada cerita yang kurang manis yang pernah terjadi suatu ketika dahulu tidak menjadi sebarang persoalan lagi, segalanya menjadi baik... Mak yang aku rindu seperti saat pertama kali menjejakkan kaki ke sana seakan dekat dengan aku,menerima aku seperti anaknya sendiri dan sentiasa mengingatkan aku untuk menjenguknya disana, family yang sentiasa ceria dan suasana yang seperti kelazimannya... 1 januari adalah brthday papa.. Selalunya aku tak pernah miss untuk memesan kepada sesiapa untuk mengucapkan selamat pada papa...tapi tahun ni sangat2 terlupa..tapi nasib baik ada yang mengingatkan dan terima kasih kerana aku sempat call orang-orang disanan untuk menyampaikan ucapan pada papa... Selamat Hari Lahir Papa... Sesungguhnya aku rindu mereka, gelak tawa mereka.. InsyaAllah, jika berkesempatan, memang ingin menjenguk mereka disana...

 Berkaitan pelajaran pulak, Alhamdulillah, seperti biasa.... Sejak kebelakangan ini menjadi seperti lebih semangat untuk belajar bila ketikanya ada yang menyokong dan sentiasa memberi semangat untuk melakukan sesuatu... Diharapkan agar dorongan serta semangat yang diberikan berterusan sampai bila-bila.... Dan yang utama bila aku dah tukar hostel.. banyak kenangan yang ada dalam rumah tu... segalanya terpaksa ditinggalkan...

 Berkaitan hati pulak... ada suka.. ada duka...perkara duka yang berlaku ialah perhubungan yang terbina sejak tujuh tahun dan akhirnya terkubur... bukan kerana aku, bukan kerana dia... tapi kerana kami... yes..saling tak menyalahkan adalah yang terbaik kerana masing-masing memang ada buat kesilapan...Apa yang penting, penat untuk sentiasa makan hati.. Dan akhirnya biarlah kami begini.. Membuat haluan masing-masing untuk mencari kebahagiaan yang diingini.... Mualanya mungkin agak sukarr tapi sekarang Alhamdulillah..semuanya bertambah baik dan kami pon mula berbaik dan menjadi kawan... tiada melibatkan apa-apa perasaan.. dan aku rasa itu lebih baik...

 Dan perkara gembiranya bila aku mula mencuba untuk memberikan hati kepada yang lain... Yes, bukan mudah dan ianya amat-amat sukar.. tapi Alhamdulillah dia mengerti... dan sama-sama mencuba mencari keserasian dan sama-sama berusaha untuk memperbaiki perhubungan... Awal-awal lagi aku berterus terang dan mengatakan bukan mudah nak melupakan tapi aku cuba.. dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku mampu untuk tak mengingati perkara lepas dan dia sentiasa menyokong dan memberi semangat seperti yang diinginkan.... Mudah-mudahan ianya bukan sementara waktu dan berterusan sampai bila-bila... nanti aku cerita lagi ya...

 Itulah kisah 2012 aku... macam-macam ragam dan rasa... mungkin banyak lagi tapi malas nak taip..hahaha... ok, permulaan 2013 aku macam biasa..tak de lah nak sambut kat mana-mana... dok kolej jerk.. akak aku ajak balik kampung pun aku tak balik sebab malas nak ulang alik.. Kebetulan aku dan housemate aku yang baru kebosanan dirumah, TV pulak rosak, maka kami bercadang untuk keluar... so, aku ajaklah penasihat aku yang tak jemu-jemu mendengar masalah aku iaitu ain....

Mulanya kami lepak di kedai makan kat depan kolej.... Memang sunyi la kawasan kolej masa tu... lepas da kol 12 lbh( kira da msuk thn baru masa tu), kitorang lepak kat gelanggang pulak.... memang ramai orang berkumpul kat situ... lepak sambil makan kuaci, biskut, minum air.. bercerita.... dan bila rasa agak kurang selesa, kami pindah ke bawah blok ain... bawah lampu.... so, disitu bermulalah perbincangan serta sesi luahan rasa antara kami-kami semua... apa yang tak puas hati, apa yang dipendamkan.... bukan tak puas hati pada kami yang berada disitu, tapi pada orang lain... dan akhirnya tak sedar jam dah pukul 3.30 pagi.... itulah kamli pertama kami lepak, itulah kali pertama kami balik lewat macam tu... tapi dalam kolej jugak kan....

 Ok lah, panjang lebar dah... Ape pon, SELAMAT TAHUN BARU... SEMOGA SEGALA AZAM DAN CITA-CITA AKAN TERTUNAI SEPERTI YANG DIHAJATKAN....

No comments: